Assalamualikum.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Umur semakin hari semakin meningkat dewasa. Langkah semakin meninggalkan dunia. Kubur melambai-lambai tanda memanggil kita. Dalam umur sekarang ini, mungkin bagi yang mengetahuinya, ia masih terlalu muda. Masih terlalu banyak yang perlu dipelajari. Masih terlalu banyak ilmu yang perlu diselami. Namun hakikat kita sebagai seorang manusia tidak pernah lari dari dinanti oleh maut yang dipenghujung langkah. Biarlah kita berundur 1000 langkah sekalipun untuk
mengelak menemui penghujung, namun dengan langgkah 1000 itulah semakin kita dekat menanti henti. Maut tidak mengira usia. Muda ataupun Tua.
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa’.
Mungkin ini perkara yang paling ditakuti oleh setiap hambanya yang bergelar Muslim. Dijenguk, diperhatikan oleh malaikat maut setiap detik. Tidak pernah lepas dari dijenguk oleh dia. Apatah lagi Allah. Takut apabila nyawa dicabut dalam keadaan berseronok-seronok, bergelak ketawa, mengejar dunia dan macam-macam lagi. Terfikir apakah sumbangan diri kepada agama? Tiada..kosong.
Jika Allah tanya, apakah yang kamu lakukan ketika masa muda. Lidah tidak mungkin dapat menipu lagi. Tangan, kaki menjadi saksi apa yang kita lakukan dalam menyumbang kepada agama. Banyak yang perlu di lakukan ketika masa muda. Kudrat masih kuat. Kata As Syahid Hasan al-Bana:
“ Tanggungjawab melebihi masa yang ada ”. Mungkin takut yang masa hanya tinggal sisa-sisa sahaja sebelum dijemput menghadap Illahi.
Jadi, apa tindakan kita. Mungkin Kata Nabil Raja Lawak ada benarnya.”Lu Pikir La Sendiri”. Tanya diri Tanya iman. Teruslah melangkah. Hargailah masa muda. Rebutlah peluang yang ada. Sebelum langkah terhenti, jangan biarkan ia mati dengan sendirinya.
~Ya Allah.. Lindungilah masa mudaku. Berkatilah langkahku ini. Biarlah berkali-kali tersungkur, namun kuatkanlah kakiku untuk bangkit kembali, sebelum ianya terhenti selama-lamanya ~
Pen Off,
Ana Saya.





















