Assalamualaikum.
Bismillah..dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah,
untuk kesekian kali, Allah menganugerahkan nikmat bernafas di bumi ini. Meminjam
sedikit rasa nikmat yang diberi. Jujur, seringkali
culas, lalai dalam mentaati. Maafkan hamba-Mu ini Allah. Bila difikirkan, banyak nikmat yang
Kamu beri padaku. Rezeki yang tidak putus-putus. Terima kasih Allah. terima
kasih.
Kadang-kadang
rinduku pada Rasullullah datang menyapa diri. Arghh mengapa aku tidak mampu
merinduinya setiap detik nafasku. Bila aku rindu, pantas sahaja airmata ini
mengalir laju. Tanda rindu. Bila mengamati kitab Syamail Muhammadiah, rasa
dekat sungguh Beliau dengan ku. Kacaknya beliau. Masakan tidak jatuh cintakan
bukan. Aku bangga menjadi ummatnya. Allah pertemukanlah kami. Jadikanlah aku,
keluargaku, sahabat-sahabatku, saudara-saudara seagama denganku diantara mereka
yang rindu bertemu Nabi. Rindu yang tidak berbelah bahagi.
Aku Gemar
menyingkap kembali kenangan yang pernah dicipta bersama sahabat-sahabat dahulu.
Ketika masih di banggu sekolah, di universiti, di IPG. Gembira melihat semua
kenangan yang telah dicipta bersama. Masakan tidak. Semua gambar memperlihatkan
suasana ceria. Suka tanpa duka.
Teringat
kenangan kami di Maktab. Kami diantara kelas yang paling ramai. 36 orang. 6
sahaja kumbang yang lain semua bunga.
Kami berkumpul bersama-sama setiap
cuti persekolahan panjang. Dari ayah orang, suami orang, isteri orang, semua ada
untuk menjalani satu perkara yang sama. Menuntut ILMU.
Perkara
yang tidak mampu dilupakan apabila kami diminta untuk membuat mikro dan makro
teaching. Mampu tergelak sendiri apabila mengenangnya. Disebabkan kami semua
mengajar sekolah rendah, kadang-kadang sikap kami seperti kanak-kanak juga. Terutamanya
apabila membuat mikro teaching.
Secara
tiba-tiba (tadaa), kami akan menjadi kanak-kanak yang sangat riang, Entahla. Jika dilihat,umur
kami masing-masing sudah menjangkau 20an. Ada juga yang sudah menjangkau 30an. Tapi
masih mampu bersikap seperti kanak-kanak yang baru mengenal alif ba ta. Itu yang
membuatkan aku sangat senang dengan mereka. Jika sahabat yang sedang membuat
mikro teaching juga tidak kekok. Tidak gementar. Masakan tidak, kami pelakon
yang sangat hebat!! Kalah kanak-kanak sekolah sebenarnya. Mungkin bila
kanak-kanak melihat kami, mereka juga akan rasa pelik.
Perkara
ini yang paling diingati.
Sahabat,
mungkin aku bukanlah sahabat yang paling baik. Kadang-kadang aku merasa sesak
sebahagian diantara kalian.Manusia bukan. Masing-masing mempunyai sikap yang
berbeza-beza. Tetapi aku yakin, banyak kelemahan pada diri ku, kalian ada
sebagai kelebihan. Aku sukar untuk membuat pembentangan. Lidahku seperti
disekat oleh sesuatu apabila aku membuat pembentangan sampaikan ada sekali
lidahku terlepas “aku cakap ape ni” hurmm. Aku rasa setiap subjek untuk menjadi
guru ini sangat payah. Bila diminta untuk membuat pembentangan, memberi pandangan,
fikiranku seolah-olah disekat. Tidak mampu berfikiran jauh seperti kalian.
Aku kagum
dengan kamu semua sahabat. Kalian petah berbicara. Bijak memberi pandangan. Berfikiran
luas dan jauh bila kalian membuka berbicara,. Aku suka mendengar bicara kalian.
Sebab itulah aku lebih gemar mendengar dari berkata. Takut tersalah kata
mungkin. Takut tidak sependapat dengan kalian mungkin. Kalian hebat !
Dahulu
ketika menuntut di IPT, aku mengambil jurusan Syariah kerana aku minat subjek tersebut
walaupu ibu menganjurkan aku memilih jurusan Pendidikan. Aku tolak
mentah-mentah cadangan ibu atas alasan aku minat Syariah. Nah sekarang. insya Allah
aku menjadi guru.
Sempat
aku membuka kitab Khosiah al-Bajuri tadi. Rindu untuk menadah kitab seperti
dahulu. Walaupun tulisan kitabnya sudah lama dan kembang, namun aku bangga
kerana aku pernah mempelajari kitab itu.
Bila
berubah halaun dari jurusan Syariah ke jurusan Pendidikan, ia memerlukan masa
untuk aku sesuaikan diri. Berbeza kedua-dua jurusan itu. Subjeknya, cara
pembelajaranya.
Dan Alhamdulillah,
Allah kirimkan sahabat seperti kalian semua untuk aku merasa senang dengan
jurusan ini. Cara kalian membawa diri untuk sesuaikan diri dengan jurusan ini
sangat menolong saya meminati jurusan ini juga. Saya yakin kalian juga turut
bersusah payah untuk mengikhlaskan diri dalam jrurusan ini. Masing-masing
belajar perkara yang lain di IPT dulu bukan? Insya Allah..Sekarang, inilah
jalan dakwah kita. Biarlah mengajar Alif Ba Ta. Insya Allah dengan mengenal Alif
Ba Ta, mereka mapu mengenal siapa Tuhannya, Nabinya, Agamanya. Semakin dekat
dengan Pencipta. insya Allah.
Sahabat,
terima kasih ya. Terima kasih di atas semua kenangan yang telah dicipta
bersama. Mungkin tidak siapa antara kalian yang membaca tulisanku ini. Tetapi insya
Allah, kalian akan sentiasa di dalam setiap bisikan doaku.
Doaku,
semoga kalian sentiasa dibawah rahmat Illahi, dikurnaiakan rezeki yang
melimpah, sentiasa dibawah kasih sayang Allah dan semoga bahagia di dunia dan
akhirat. Untuk mereka yang masih mencari, moga tidak terus berhenti dalam
mencari. Semoga di pertemukan dengan Jodoh yang membahagiakan lagi baik hati.
Maaf
segala kehilafan yang telah dilakukan sepanjang perkenalan kita. Allah mempertemukan
kalian kepada ku supaya aku makin dekat dengan-Nya. Alhamdulillah.
Terbanglah
setinggi layang-layang kertas. Kalau boleh kasi tinggi lagi. Tapi biarlah makin tinggi, makin menunduk seperti padi. Semoga segala yang
dicita-citakan menjadi realiti.
Sahabat itu cerminan diri. Kalau kita
bersahabat dengan penjual minyak wangi, maka kita pun turut wangi.
Terima kasih
semua diatas ukhuwah ini. Jom janji. Keluarkan jari kelingking masing-masing
sekarang. Ok janji, KITA KAWAN YER, SAMPAI SYURGA. Tata, sayonara, bye bye. Ade
rezeki, insya Allah kita jumpa lagi.
wassaalam
Pen off,
Sahabat Kalian J








.jpg)
.jpg)





















