-->
Jelly Pages
Blogger Templates
skip to main | skip to sidebar

.::Tazkiratun Nafsi::.

Sekadar Peringatan Buat Diri.. Mengatur Langkah Menuju Illahi..

Friday, April 27

Cintaku Pada Kekasih Allah






Ucapan selawat serta salam ku ucapkan padamu
Kuhadiahkan doa dan pujian setinggi keimananmu
Kepadamu yang agong
Hanyalah untukmu kekasih Allah.

Malu untuk aku mengatakan cinta kepadamu
Kerana aku hanyalah insan yang biasa
Sedangkan engkau adalah insan yang mulia
Rinduku padamu sudah tidak terkata lagi
Rinduku pada wajahmu yang berseri
Rinduku pada keimananmu yang agong
Rinduku padamu kekasih Allah.

Ku ikuti ajaranmu semampu tenagaku
Ku amalkan sunnahmu sedaya upayaku
Ku tinggalkan laranganmu semahu hatiku
Untuk mendapat berkat di dunia
Dan beroleh syafaat darimu di akhirat sana
Kupujuk jua hati dan jiwaku
Untuk meluahkan rasa cintaku pada keimananmu.

Kerana aku sudah terpesona pada ketaqwaanmu
Kerana aku sudah jatuh cinta pada keimananmu
Sesungguhnya cinta kepadamu adalah maksud cinta kepada Allah.

Karya Rabiatul Adawiyah, Selangor Darul Ehsan
Posted by faqir iLLa Allah at 6:37 AM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, April 12

Sarah : A True Story



Assalamualaikum..
nak kongsi dengan semua..dari Muslim Manga..
Dakwah itu bukan dari sekadar memberi ceramah, kuliah agama..tetapi dakwah itu luas.. semoga dengan ini, dapat memberi peringatan kepada kita..enjoy ^_^

(klik gambar untuk besar)
 ~1~

 ~2~

 ~3~

 ~4~

~ ^_^ ~

Rasulullah Saw bersabda, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” 

(...nak lagi??...klik Sini...)

wassalam...

Posted by faqir iLLa Allah at 9:36 AM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, April 10

Tidak Memilih Sesiapa



Dengan lafaz BISMILLAH..aku mulakan langkah..


Terkadang langkah yang telah disusu rapi...tersungkur di pertengahan jalan..
Rasa mangalah..menyerah..berputus asa..bercampur menjadi satu..
Masakan tidak..bukan tidak membuat persediaan ketika hendak bermula..
Pelbagai perkara dibuat..Tetapi masih tetap tersungkur...


Dimana salahnya..salah siapa?
Allah?? TIDAKK!!
Aku?? mengapa aku??


Biarlah 1000 kali bersedia..melangkah dengan hati-hati..
Namun jika di Luh Mahfuz telah tercatat..kita akan tersungkur..
kita  tetap akan tersungkur..walaupun kita memakai kasut yang sangat mahal sekalipun..


Dan begitu juga kematian..
Walaupun dengan sangat berhati-hati kita membawa kenderaan..
namun jika YA kata Nya...Maka Ya lah...jika TIDAK...maka TIDAKLAH..
Ajal tidak mengenal sesiapa.. Agong, Perdana Menteri, Ustaz, Penagih Dadah, malahan Bayi sekalipun..
perjanjian telah dibuat..di saat alam roh lagi..
Tidak lewat sedetik..mahupun cepat sedetik...


Kadang-kadang hati ini sangat sedih..kerana Allah menjemput orang-orang yang baik dan alim..Pergi terlebih dahulu..
Siapa mahu mencegah mungkar..siapa mahu memberi peringatan..
Selepas satu demi satu orang alim pergi menghadap Illahi..siapa yang akan tinggal..


"Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” 
(H.R. Muslim)


Ya Allah...dunia sedang mengalaminya..
Dunia..Sebusuk busuk persinggahan..tetapi itu yang kita agungkan...
Persiapan kita bagaimana?? mampu untuk terus laju berlari...tanpa tersungkur di bawah terik mentari..mampukah??
Pasti tidak mampu..terik mentari itu..bakal melemahkan langkah diri..mencari sesuatu supaya mampu bangun dan teruskan berlari..
Namun jika tidak menjumpainya...masakan untuk berlari..hatta untuk bangun sediri...Sangat payah untuk berdiri..
Orang alim kembali kepada Kekasih Hati...
Hilang satu demi satu permata agama...Siapa lagi mahu mengingati??
Manusia semakin hari..semakin haus di dunia ini...


Mati tidak memilih sesiapa..Kita sedang menjalani ujian di sini...
Jika berjaya di sini..maka di sana..pasti ada ganjaran yang disediakan oleh Nya..
namun kadang-kadang...kita banyak menipu dalam menjalani ujian ini..
terlalu banyak yang dikhianati...Ya Allah..ampunilah kami..
Mungkin kami terlalu mengikut kehendak hati..Ingin lebih segala-galanya..
Ampunilah kami Allah..Cinta kami kepada Mu..Tidak pernah pudar..


~ bila mendengar berita pemergiannya..terfikir..siapa yang akan menggantikan tempatnya menjadi Imam Tarawikh akan datang..Aku pasti akan merindui suara itu...kamu adalah Permata Agama..Semoga tenang disana..Al-Fatihah~

wassalam


Posted by faqir iLLa Allah at 12:46 AM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, April 3

Bermusafir Sambil Berfikir


Assalamualikum..dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Untuk kesekian kalinya, diri ini meminjam kekuatan yang ada pada Dirinya untuk ku menulis sesuatu di dalam kanvas sepi ini.

Kenangan itu anugerah Allah. Tercipta daripada ukhuwah dan kasih sayang antara sesama manusia. Allah ciptakan kenangan untuk mewarnai lagi kehidupan di dunia ini. Ia  sebagai pengikat silatur rahim antara sesama manisia. Namun kadang-kadang anugerah yang Allah beri itu, banyak kali disalah tafsir oleh manusia. Masakan tidak. Kadang-kadang kenangan itu mampu membuat diri seseorang manusia, gembira, sedih, teruja dan banyak lagi.

Diri ini diberi peluang dari Allah untuk terus mencipta kenangan. Kenangan yang sedih, gembira, teruja bakal bercampur menjadi satu. Sedaya upaya diri ini ingin lagi dari mencipta kenangan,. Namun kerana ukhuwah yang dibina selama ini, langkah itu semakin perlahan.  Tidak mampu untuk lari dari terus mencipta kenangan sebelum perjuangan terakhir dibumi Kusza ini terhenti tanda cukup sudah pengajian dan pembelajaran disini. Namun ilmu itu tidak boleh berhenti dari menuntutnya. Tuntutkah di mana-mana. Sehingga ke liang lahat sekalipun.

Dalam terus sibuk mencipta kenangan, diri ini merasa rendah dan hina apabila melihat ciptaan Ilahi. Lautan yang terbentang luas di hadapan mata ketika itu, membuat ego ku sebagai seorang manusia yang terkadang lupa bahawa diri ini hanyalah Hamba, tunduk malu melihat kebesaran Nya. Pandanga pertama apabila melihat lautan luat itu, mata ini seperti tidak dapat menipu lagi. Air mata bergenang di kelopak mata, merasa betapa banyak perkara yang tidak disyukuri selama hidup ini. Bila merasa payah, merasakan Dia tidak sayang kita, bila mendapat sedikit dari apa yang di jangkakan, merasa Dia tidak adil dan sebagainya. Firman Allah dalam Surah Ar-Rahman:

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Dalam sibuk mencipta kenangan, fikiran dan hati ini sibuk berfikir. Maha Suci Allah. Dunia yang cantik ini bakal hancur sekelip mata kita Dia menghendakinya. Gunung ganang, pokok-pokok yang cantik akan menjadi seperti debu-debu berterbangan suatu hari nanti.

Dijadikan dunia ini secantik-cantiknya supaya manusia boleh mengambil mafaat darinya, berfikir dan menguatkan kayakinan pada hati bahawa Dia adalah Pencipta Alam ini. Dia wujud. Bukti bahawa Dia ada. Namun secantik-cantik dunia ini, ia hanyalah persinggahan manusia sebelum meneruskan perjalanan yang sebenarnya.

Benarlah kata-kata ini: pesan pada hati, jangan biarkan dunia ini bermukim di hati namun letakkanlah ia di gengaman tangan. Apabila sampai suatu masa, dengan rela lepaskanlah gengaman tangan itu walaupun dalam keadaan terpaksa sekalipun. Dunia hanya sementara, Akhirat kekal abadi.


~ kata salah seorang sahabatku, biarlah bulan menjadi saksi selama ukhuwah yang kita bina. Pertama kali mendengarnya, agak  kelakar, tapi mungkin ada benarnya. Semoga ukhuwah yang kita dibina sentiasa dipayungi kasih sayang Ilahi~


wassalam.. "Sayang Kalian Semua"..^^

Dari saya,
Hamba Allah
Posted by faqir iLLa Allah at 12:38 AM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Man Ana

My photo
faqir iLLa Allah
View my complete profile

Masa itu kapal Pelayaran

Iman Itu Kemudi kehidupan

Masalah Itu Badai Pencetus Kejayaan

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

Selangkah Mendekati Allah

  • ..::Murabbi::..
  • ..::MuslimManga::..
  • ..::akuislam::..
  • ..::Dakwat::..
  • ..::Islam Grid::..
  • ..::Halaqah::..
  • ..::Portal Murabbi Islam::..
  • ..::iLuvIslam::..

Pena iLmu

  • Saifulislam.Com
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    1 month ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    2 years ago
  • Langit Ilahi
    Poster – Sincerity
    6 years ago
  • Myilham.com
    5 Asas Penting Menilai Calon Suami Yang Soleh
    11 years ago
  • Fiqh Muamalat
    (M/S 134)
    14 years ago
  • AL KALAAM INTERAKTIF - Segalanya Semudah ... ا ب ت
    Mari Kita Bernasyid Arab- لو كان بيننا الحبيب (kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..)
    14 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    15 years ago
  • Zikir Ritma Jiwa

My Dear

  • Myadiar
    Cara Nak Setting Font Jawi Dalam Handphone
    7 years ago
  • mylittleheart
    SEPANTAS MASA
    9 years ago
  • ihaveideas
    Tekanan
    10 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    10 years ago
  • Cerita Budak Kampung
    BBM 3410 : KETIKA DAN KALIMAT
    10 years ago
  • ...Mencari Cinta Hakiki...
    Tahniah..
    10 years ago
  • AD-DHIYA'
    Sifat Solat Nabi
    12 years ago
  • WheN my KeyBoarD DiHammeRing !
    ToRaDoRa !!!!
    14 years ago
  • ..::cahaya izzah::..
    Risaunya Hati!!!
    14 years ago
  • D'heartY feelingzzz
    15 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    15 years ago
  • Intuition
  • http://marhanafi.blogspot.com//
  • ..::Tazkiratun Nafsi::..
  • :: there's life, there's hope ::
  • ..:::Musafir Ilmu Dan Cinta Al-Kelantani ::..

Say Something

It's Meee

In Memory

  • ►  2014 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2013 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
  • ▼  2012 (15)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ▼  April (4)
      • Cintaku Pada Kekasih Allah
      • Sarah : A True Story
      • Tidak Memilih Sesiapa
      • Bermusafir Sambil Berfikir
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (8)

Terima Kasih

Ahlan Wasahlan


widgeo.net

Senyum Laju-laju


Allah Love You

Teststrials

Jika rindu ini bertatah, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum. Andai rindu ini menarik resah kepadaMU aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui Ya ALLAH damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin kepada MU aku mengadu. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMU...

Powered by Blogger.
Lucky Charms Heart