-->
Jelly Pages
Blogger Templates
skip to main | skip to sidebar

.::Tazkiratun Nafsi::.

Sekadar Peringatan Buat Diri.. Mengatur Langkah Menuju Illahi..

Friday, July 29

..::MRS Jempol::..


 Assalamualaikum..

Dengan nama Allah Pemilik Cinta yang Teragung.  Cinta segala cinta di dunia. Allahu Akbar.

Ukhuwah..terlalu indah.Hari terakhir sebagai pelatih praktikal di MRS Jempol, mengajar diri ini, indahnya dan manisnya sebuah pertemuan dan pahitnya sebuah perpisahan. Sayangnya pada mereka, hanya dapat dizahir kan dengan air mata ketika itu. Mudahnya ia gugur bukti sayangnya diri ini kepada mereka. Mungkin terlalu jauh jika dibandingkan sayangnya Sahabat-sahabat kepada Baginda, begitu juga sayangnya Baginda kepada umatnya, tetapi meminjam sekelumit rasa sayang itu daripada Dia,masih sukar untuk diri ini 'membimbingnya'. SubhanaAllah. Halusnya ciptaanmu Ya Allah. Ukhuwah itu tidak nampak di pandangan mata, tetapi ia mampu dizahirkan oleh manusia. Mampu membuat manusia menitiskan air mata dan ketawa gembira. 

Terima kasih kerana menerima diri yang hina ini di dalam sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Di tempat inilah, banyak mengajar erti sebuah kehidupan yang sebenar. Semua perkara yang selalu di dengar di media-media massa, kini mampu dilihat dihadapan mata sendiri. Runtuhnya masjid yang dibina sekian lama, itulah yang banyak mendidik hati ini supaya menyerahkan segala ketentuan kepada Dia. Jika ada ruang didunia untuk mendirikan masjid, doaku bukan hanya untuk mendirikannya sahaja , tetapi untuk mengimarahkannya sekali. Insya Allah. 

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau meminjamkan air mata, ketawa dan perasaan sayang dan segala-galanya untuk ku kongsikan kepada keluarga kecil ini.


  ~ku doakan ukhuwah ini tidak akan terhenti  disini sahaja~

salam sayang

Perindu Syahid Abadi..
Posted by faqir iLLa Allah at 9:52 PM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, July 24

Dengarlah sahabatku..


Dengan izin Allah sekali lagi, diri ini terus gagah melangkah di dunia yang penuh kebusukkan ini. Kadang-kadang Iman tuduk kepada Nafsu dan kadangkala Nafsu harus akur kepada Iman. Mungkin Nafsu semahu mahunya, segagah gagahnya untuk menjadi raja dihati.Ditemani dengan Iman yang nipis ini, meniti hari-hari yang pasti. Dan Islamlah yang banyak mengajarku untuk berkata tidak bila Nafsu meng ‘ia’ kannya. Bimbing lah setiap langkah-langkah ini Ya Rahman. 

Sahabatku, Bukan tidak mahu menjadi bahu sawaktu dirimu diuji dengan nikmat kesedihan. Menjadi tangan untuk mengesat air mata yang mengalir tanpa henti memikirkan masalah dunia, tetapi hanya berharap air mata itu hanya mengalir kerana takut memikirkan apa yang akan perolehi di Akhirat nanti. Sama ada amalan diberi dari tangan kanan ataupun dari tangan kiri Nya. Cubalah untuk merintih dan mengadu kepada Pemilik ‘bahu’ yang selayaknya. Bukanlah tidak mahu menjadi yang pertama yang dicari disaat bahagia mahupun duka. Tapi hanya mahu mengingatka bahawa ada yang lebih Utama untuk engkau bersandar dan kongsikan apa yang engkau rasa di saat ini. 

Menjadi yang kedua lebih baik jika Dia yang pertama. Dahulukan Dia dalam setiap langkah-langkah di dunia. Dia mampu membuatkan semua hamba Nya sangat tenang ketika dalam berduka. Dan Dia juga mampu menjadi  pendengar yang sangat setia untuk berkongsi rasa bahagia.

Diri ini hanya mampu berdiam disaat apa yang telah dikhabarkan. Bukan tidak mahu selami apa yang dirasa, tetapi hanya memberi ruang untuk meluahkan kepada Dia yang selayaknya,Pemilik rasa Cinta di dalam jiwa . Di setiap bisikan doa-doa ini, lidah ini tidak pernah lekang untuk  mendoakan sahabat-sahabat seperjuangan terutamanya kamu. Carilah Dia dahulu wahai teman ku. Ku yakin, dirimu pasti akan terus meminta kepada Nya kerana Diaadalah Tuanmu yang paling memahami dirimu.
.

~ pintalah pada yang selayaknya~


Salam Sayang,
Sahabat mu...
Posted by faqir iLLa Allah at 6:39 PM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, July 18

Mengapa begitu.. tidakkah engkau takutkan Dia..

Assalamualaikum

Dengan izin Allah. Alhamdulillah sekali lagi diberi peluang dari Dia. Tempat diri ini meletakkan 1001 pengharapan, cinta yang paling Teragung.Alhamdulillah. Apa yang berlaku hari ini, mungkin diluar jangkaan diri ini sebagai seorang Muslim. Astaghfirullah..tolong pelihara dia Ya Allah..

Jujurnya hatinya membuatkan diri ini terdiam seribu bahasa. Jauh disudut hati ini, ingin sahaja 'menghumban' diri dilautan dalam supaya gugur semua perkara yang telah dilakukan. Kenapa berani membelakangi Islam.Ingin sahaja diri ini menangis terhadap apa yang telah dia khabarkan.Tapi tidak mampu. Bila terkenang apa yang pernah dilakukan 'belakang' Dia, Nafsu kalah dengan Iman saat ini. Acapkali, Nafsu menjadi raja dihati namun sedaya upaya Iman segera menjadi guru ketika itu. Menundukkan Nafsu yang tidak akan puas sampai bila-bila. Lupakan engkan tentang kejadian Nafsu . Betapa degilnya Nafsu dan payah untuk ditundukkan. beberapa kali dihumbankan kedalam neraka  selama 100 tahun, baru mengakui hamba kepada Nya.

Pintu taubat masih terbuka. Pintalah keampunan dariNya wahai sahabatku. Masih belum terlambat untuk engkau meraih Cintanya. Dia memberi mu peluang untuk  terus bermujahadah dengan apa yang telah kamu lakukan. Jangan berhenti berharap kepada Dia wahai sahabatku. Masih ada ruang keampunan untuk  kita hamba-hambaNya.



 Ampunkan daku wahai Allah kerana culas memenuhi amanahMu
Khabar itu telah mendidik hati ini untuk terus berhati-hati dengan dunia.

Yang mengharap Redha dariNya
Faqir Illa Allah
Posted by faqir iLLa Allah at 11:31 PM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, July 17

Selamat Hari Lahir Buat Saya

Assalamualaikum

Dengan nama Allah Ynag Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang..
15 Julai..


Semoga diri ini terus Gagah Melangkah Di Dunia yang Penuh dengan Kebusukkan..

wassalam..
Posted by faqir iLLa Allah at 12:06 AM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, July 12

Pesanan Buat HATI..

Assalamualaikum.
rabu 29 june 2011 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

Sekali lagi. dengan izin Allah,jari-jari ini diberi kekuatan untuk terus menulis di atas kanvas sepi ini.Diri ini bukanlah hamba yang sempurna segala galanya.Banyak khilafnya. Sempurna hanya milik Dia. Cuma hanya cuba untuk dilihat "sempurna" pada pandangan Dia. Insya Allah.

Bila ditanya tentang sebuah IKHLAS, diri ini cuba mencongak disebalik kelebihan dan kekurangan diri yang Dia berikan. Ikhlas itu satu kelebihan atau satu kekurangan dalam diri ini. Bermonolog sendiri. Adakah semua perkara yang dilakukan hanya Ikhlas kerana Allah? tanpa mengharap balasan dari manusia?.

Duhai HATI. Diri ini sedang mendidikmu . Ku harap, kau berlapang dada dengan ku. Memberi ruang terhadapku untuk terus mendidikmu. Bukan untuk memaksa, tapi untuk meraih nikmaNya disana nanti. Ku takut, engkau menyesal nanti. Ikhlas itu antara kita dengan Allah sahaja. Tidak boleh dilafazkan tapi boleh dizahirkan. Diri kita ikhlas bila hati tidak meletakkan pengharapan kepada sesiapa. Jiwa rasa penuh kehambaan bila diri melakukan sesuatu dengan ikhlas.Jika terasa  ingin mengungkit semula kebaikan yang telah dilakukan, cepat-cepat Istighfar. Syaitan sedang berbisik dengan kita. Jangan letih  memberi dalam hidup. Tidak semua kita dapat balasan dengan apa yang telah kita lakukan.Kadang-kadang apa yang kita harap, yang lain kita dapat. Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. sampaitan kita mengeluh dan terus mengeluh. Kau dengarkan HATI.

Duhai HATI, ingatlah.Tuanmu sedang menguji kamu. Setakat mana kau ini redha dengan setiap apa yang Dia berikan. Jika DIA zahirkan ikhlas dengan turunnya hujan emas, mesti semua manusia merebut ikhlas setiap hari. Tapi DIA sembunyikan. Ada hikmah disebaliknya. Takut hambanya akan menjadi lebih riak dan sombong berjalan dengan megah didunia.Ingat itu HATI.


Syurga itu sangat misteri HATI. Dengan apa yang telah Dia janjikan di dalam Kalamnya, tidakkah engkau mahu merebutnya. Nikmat Syurga itu tidak terjangkau dengan akalmu itu. HATI, ku tahu engkau mampu melakukannya.


-buat sahabatku ku tahu kau mampu untuk memilikinya-

wassalam

yang mengharapkan ikhlas Darinya,
HAMBA HINA.
Posted by faqir iLLa Allah at 8:55 PM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kerana terlalu Sayang


Assalamualaikum
jumaat 24 jun 2011

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang

Sering ku titipkan doa agar kita sentiasa di bawah payungan Rahmat dan Lindungan dari Yang Maha Esa.Dalam kekalutan dunia pada ketika ini,aku berharap agar Allah sudi mengampunai dosa kita semua.Dalam keadaan manusia yang tidak lagi takut kepada Tuhannya.Dalam keadaan manusia yang tidak lagi dapat membezakan antara hak dan batil.Dan dalam keadaan manusia yang tidak lagi dapat membezakan antara yang mana pahala dan yang mana dosa.Moga-moga doa yang selalu kita mohon dimakbulkan olehNya.

Walau dalam kehidupan kita seharian kadangkala kita lupa padaNya dan kadangkala kita ingat padaNYa,tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya.Buat permata Islam…yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi.Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama tetapi ia adalah cara hidup kita. Sama ada berpakaian, bertutur, belajar, berkerja atau dengan perkataan yang lebih mudah bermula kehidupan kita daripada bagun tidur sehingga kita tidur kembali, semuanya Allah telah gariskan untuk kita.Hatta sebelum kita lahir sehingga kita ditempatkan di dalam liang lahad, Islam juga telah mengajar caranya.

Seringkali kita mendengar sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud

“Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi selainnya”

Tapi sayang sama sekali, kita yang merendah-rendahkannya. Kita menjauhkan diri daripadanya.Bahkan kita malu Islam itu menjadi identiti kita.Kita lalai dengan kehidupan kita sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita, sehingga kita lupa Allah S.W.T, Tuhan yang maha Esa memerhatikan kita.Kita tahu adanya Allah tetapi kita melanggari perintah-Nya. Sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi segala nikmat sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya. Kita tahu benarnya Al-Quran tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya. Kita juga tahu adanya dosa dan pahala.Bahkan kita juga tahu adanya syurga dan neraka.Tapi kita masih tidak mempedulikan perintah Allah S.W.T yang Maha Kuasa

Buat Mutiara Islam yang insyaallah akan terus bergemerlapan di bumi Allah. Prof Hamka pernah berkata..“kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan, tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal”. Persoalannya bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung di dalam jasad kita sudah habis digunakan?

Masihkah dikau ingat akan firman Allah S.W.T dalam hadis QudsiNya yang bermaksud

Daripada Abu Hurairah r.a
“Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepada Ku, dan Aku bersama dengannya, ketika dia ingat, kepadaKU. Jika dia ingat kepadaKU di dalam hatinya, Aku akan mengingatinya di dalam hatiKu. Dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik. Dan jika dia mendekatiKu sejengkal,Aku pun akan mendekatinya sehasta.Dan jika dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika dia datang kepadaKu berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari…

(Hadis Riwayat Syaikhani dan Tarmizi)

Walaupun sebesar bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan, sesungguhnya Allah S.W.T masih mengampunkan dosa kita. Oleh itu, kembalilah kepadaNya. Andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNya. Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya. Setakat ini sahaja nukilanku buatmu. Ku mohon jutaan kemaafan andaikata bicaraku sebentar tadi mengguris hatimu, tetapi sesungguhnya daku tidak sesekali bermaksud untuk melukaimu. Semoga dirahmati Allah selalu. Bertemu lagi. Kalau tidak di dunia,Insyaallah di taman syurga nanti.



Wassalam.. link


Posted by faqir iLLa Allah at 8:53 PM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Selamat Hari Bapa....Ayah


Ayah...Ayah..
 
Mungkin diri ini terlalu rindu untuk melafazkannya lagi.1 Rejab..Perginya dia kembali kepada Pemilik Cinta yang lebih Agung.Diri ini tidak mampu menipu lagi. berpura-pura tenang disaat sahabat-sahabat bercerita tentang Bapa masing-masing. Terbaca entry teman-teman yang lain  Intuition. Diri ini hanya mampu menumpang bahagia mereka.Sungguh demi Latta dan Uzza, aku sangat merinduinya.

Solehkan diri ini dimata Dia. Mendengar segala rayuan hati yang cuba membantu ayah dari alam yang ini. 
Tangan ini menjadi saksi, menadah mengaharapkan sesuatu. Gugurnya air mata tanpa dipinta saat diriku cuba merintih, meminta,merayu demi meraih  "status"  Anak Soleh dari Nya. Setiap hari, tanpa jemu, diri ini tidak pernah berputus asa untuk memintanya.




Ku gagahi diri ini melalui hari-hari tanpa dia. Masih terngiang-ngiang apa yang pernah dia katakan ." Ayah tak nak anak-anak ayah kerja dalam bidang keadilan". Ku kuburkan hasrat untuk menjadi Peguam Syarie. Ku mula mencari arah tuju yang lain. Ku yakin, dia ada alasan yang kukuh untuk berkata tidak pada perkara itu. Baru ini ku sedar, apa yang tersirat di sebalik kata-katanya. Mungkin dia mahu lebih berhati-hati kerana dia akan dipersoalkan dia akhirat nanti tentang anak-anak perempuannya.Terima kasih Ayah.

Marahnya hanya diam. Jenakanya mampu membuat kami tidak tidur malam. Ya, itulah ayah. Tidak terpancar riak keletihan diwajahnya. Sedaya upaya menutup kelemahan keluarga yang lain. Sedaya upaya membantu siapa sahaja walaupun hakikatnya dia tidak mampu. Ku cuba untuk mewarisi sifat-sifatnya itu. Terima Kasih Ayah.Terima kasih banyak-banyak. Ku cuba menjadi apa yang kamu mahukan. Melatih diri tidak berputus asa dengan Rahmat Tuhan. Insya-Allah.

Ya Allah..pertemukanlah kami,walaupun hanya dalam mimpi.Tolong sampaikan rinduku padanya (Al Fatihah).selasa 21 june 2011

Posted by faqir iLLa Allah at 8:50 PM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

assalamualaikum

my new blog..
blog yang lama x dapat diaktifkan kerana terlupa password  and username..

Pelita surau.
dan semua post2 di blog lama akan dipindahkan ke blog yang baru ini..


Terima kasih..
Posted by faqir iLLa Allah at 8:42 PM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Man Ana

My photo
faqir iLLa Allah
View my complete profile

Masa itu kapal Pelayaran

Iman Itu Kemudi kehidupan

Masalah Itu Badai Pencetus Kejayaan

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

Selangkah Mendekati Allah

  • ..::Murabbi::..
  • ..::MuslimManga::..
  • ..::akuislam::..
  • ..::Dakwat::..
  • ..::Islam Grid::..
  • ..::Halaqah::..
  • ..::Portal Murabbi Islam::..
  • ..::iLuvIslam::..

Pena iLmu

  • Saifulislam.Com
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    1 month ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    2 years ago
  • Langit Ilahi
    Poster – Sincerity
    6 years ago
  • Myilham.com
    5 Asas Penting Menilai Calon Suami Yang Soleh
    11 years ago
  • Fiqh Muamalat
    (M/S 134)
    14 years ago
  • AL KALAAM INTERAKTIF - Segalanya Semudah ... ا ب ت
    Mari Kita Bernasyid Arab- لو كان بيننا الحبيب (kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..)
    14 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    15 years ago
  • Zikir Ritma Jiwa

My Dear

  • Myadiar
    Cara Nak Setting Font Jawi Dalam Handphone
    7 years ago
  • mylittleheart
    SEPANTAS MASA
    9 years ago
  • ihaveideas
    Tekanan
    10 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    10 years ago
  • Cerita Budak Kampung
    BBM 3410 : KETIKA DAN KALIMAT
    10 years ago
  • ...Mencari Cinta Hakiki...
    Tahniah..
    10 years ago
  • AD-DHIYA'
    Sifat Solat Nabi
    12 years ago
  • WheN my KeyBoarD DiHammeRing !
    ToRaDoRa !!!!
    14 years ago
  • ..::cahaya izzah::..
    Risaunya Hati!!!
    14 years ago
  • D'heartY feelingzzz
    15 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    15 years ago
  • Intuition
  • http://marhanafi.blogspot.com//
  • ..::Tazkiratun Nafsi::..
  • :: there's life, there's hope ::
  • ..:::Musafir Ilmu Dan Cinta Al-Kelantani ::..

Say Something

It's Meee

In Memory

  • ►  2014 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2013 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ▼  July (8)
      • ..::MRS Jempol::..
      • Dengarlah sahabatku..
      • Mengapa begitu.. tidakkah engkau takutkan Dia..
      • Selamat Hari Lahir Buat Saya
      • Pesanan Buat HATI..
      • kerana terlalu Sayang
      • Selamat Hari Bapa....Ayah
      • assalamualaikum

Terima Kasih

Ahlan Wasahlan


widgeo.net

Senyum Laju-laju


Allah Love You

Teststrials

Jika rindu ini bertatah, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum. Andai rindu ini menarik resah kepadaMU aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui Ya ALLAH damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin kepada MU aku mengadu. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMU...

Powered by Blogger.
Lucky Charms Heart