-->
Jelly Pages
Blogger Templates
skip to main | skip to sidebar

.::Tazkiratun Nafsi::.

Sekadar Peringatan Buat Diri.. Mengatur Langkah Menuju Illahi..

Friday, October 28

Dunia Yang Lebih Indah

Assalamualikum dengan nama Allah.

Yang membolak balikkan hati ini. Diri ini hanya mengharap supaya tidak terlalu membolak  balikkan hati ini kerana sesungguhnya diri ini tidak mampu. Kadang-kadang mengangis sendiri , dan tidak tahu tindakan apa yang sapatutnya yang perlu dilakukan tatkala Engkau membolak balikkan hati ini dan aku tahu juga, bila-bila masa boleh malaikat Izrail mencabut nyawa ini. Berilah aku peluang untuk bertaubat supaya bila aku bertemu dengan Engkau nanti, aku mahu dalam keadaan sebersih yang mungki walaupun pun hakikatnya aku tidak sebersih  seperti mana yang Engkau harapkan.

Manjadikan dunia yang lebih indah. Mungkin ada sesetengah menggapgap bahawa:

“mengapa nak jadikan Dunia ini indah sedangkan Akhirat itu kekal abadi”



Allah menciptakan Dunia untuk akhirat. Memerintahkan hamba-hambanya menanam sepuas-puasnya di dunia supaya hasilnya dapat manjadi bekalan di akhirat nanti. Untuk siapa? Untuk kita juga. Jangan biarkan dunia bermukim dihati tapi letakkanlah ia di dalam genggaman  tangan sendiri. Bila suatu ketika kita terpaksa melepaskan dunia, maka lepaskanlah ia dengan segera dan rela. Tidak rugi melepaskan dunia jika demi Akhirat. Betul, saya tak tipu!!

Perihal keadaan saudara kita di Palestin sampai sekarang tidak habis dibicarakan. Tidak jemu dibahaskan.  Seluruh dunia dengan gagahnya bersuara supaya Palestin dibebaskan dari Israel laknatu’allah. Namun suara itu mungkin terlalu perlahan ataupun kecil sehinggakan pihak yang sepatutnya tidak dengar. Mengapa liga-liga arab hanya berdiam melihat sambil menongkat dagu sahaja apabila kanak-kanak, wanita dibunuh dengan suka hati. Manusia dijadikan seperti haiwan. Bukankah kalian adalah Negara islam yang paling besar walhal jika kalian bersatu pasti musnahlah Negara-negara yang menindas saudara-saudara kita itu?

Mengapa tidak mahu jadikan Dunia ini lebih indah. Tiada keganasan. Hidup dengan kasih sayang. Ada apa dengan keganasan. Pihak yang memberi rugi dan pihak yang menerima juga rugi. Mungkin kita sendiri tidak mampu untuk pergi kesana, berdiri dibarisan hadapan bersama saudara kita yang lain di sana untuk menentang kezaliman. Saya sangat yakin, tiada istilah dalam hidup mereka untuk mengupdate status di FB, menulis blog, tidur dengan nyenyak, makan makanan yang sedap-sedap kerana bagi mereka, hidup mereka hanyalah untuk berjuang walaupun tanpa alatan yang canggih namun batu kecil itulah alatan yang paling canggih Allah beri kepada mereka.

Mengapa tidak mahu jadikan dunia lebih indah. Sedangkan kita mampu untuk mengindahkannya. Adakah terlalu takut dengan Negara yang kecil yang sangat berpengaruh itu mampu membenamkan Negara sendiri. Semua perkara kita tabur kepada mereka. Dengan harapan, mereka boleh membantu dalam meningkatkan ekonomi Negara. Dimana silapnya. Sibuk dengan dunia sehingga lupa untuk mengindahkannya. Tidak peduli dengan tagisan sikecil disana berlari-lari menyelamatkan diri daripada terkena serangan peluru mereka. Apa salah mereka? Sila jawab!!

Berbeza disini. Kanak-kanak disini dahulunya mereka sangat bahagia. Mereka dengan gembira bermain pasir di pantai, bermain pondok-pondok, teng-teng dan baling tin, namun sekarang mereka dijadikan barang dagangan, pemuas nafsu oleh bapa sendiri dan yang lebih teruk dicampakkan oleh ibu sendiri selepas dilahirkan. Dimana salahnya mereka? Mengapa tidak cuba mengindahkan mereka. Memberi bimbingan agama, memberi kasih sayang. Mengajar mereka supaya kenal dengan Pencipta? Sila jawab!!

Hilangnya kasih sayang membuat dunia yang busuk ini semakin hari menjadi semakin busuk dengan tangan-tangan manusia yang dengan rela dan gembira membusukkan dunia setiap hari. Bukan tidak mampu tetapi mereka cuma tidak mahu dunia ini indah seperti dahulu.


~ Dunia Yang Lebih Indah ~

p/s: kenape kebanyakan yang dishare dan status kenalan di FB pasai cinta..kawin..x dak cite lain ka. adakan kahwin itu yang terdekat dengan mereka sekarang ini. kenpe x rasa MATI yang paling dekat mase ni..nape ekk??? :-/

From Me..:)
Posted by faqir iLLa Allah at 11:59 AM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, October 21

Aku Sangat Cinta Sama Kamu

Assalamualikum..
Dengan lafaz Bismilallah..

Aku tidak pernah menyesal menjadi aku..
kerana menjadi aku, aku bisa mencintai Tuhanku..
bisa menghamparkan rindu kepada Nabiku..
bisa bangga dengan Agamaku..
bisa mambaca ayat-ayat dari Tuhanku..
bisa mendahulukan Dia daripada keinginanku..
bisa bersahabat dengan Tuhanku..
bisa meluahkan segala yang terbuku dihati dengan Tuhanku..
bisa merasa tenang jika memikirkan diri Mu...

Aku sangat bersyukur kerana Kamu menjadikan aku adalah aku. Tidak pernah sedetik pun Kamu meninggalkan aku. Oh, sungguh. Aku sangat mencintai Kamu. Kamu tidak pernah mambiarkan air mata ini terus mengalir dan Kamu selalu meminjamkan aku 'bahu' Mu untuk aku terus mengadu kepada Kamu. Kamu tidak pernah 'mengeluh' dengan apa yang selalu aku lakukan walhal setiap perkara yang aku lakukan mampu membuat Kamu berkecil hati dengan aku. Semakin aku lari, semakin Kamu mengejar aku. Maafkan aku. Kerana aku adalah aku.Yang memerlukan mujahadah dan istiqamah yang tinggi dalam diri. Kadang-kadang keinginan membuat aku tidak berfikir untuk kali yang kedua. Setianya Kamu kepada aku sehinggakan aku merasa bahagia dengan Kamu. Oleh itu, jangan tingglkan aku kerana aku sangat Mencintai Kamu.

Mencintai Kamu mampu membuat langkah-langkah aku semakin dekat dengan SyurgaMu. 



~please accept my love~

p/s : aku juga anak ayah dan ibu...:)


HambaMu
Posted by faqir iLLa Allah at 1:15 AM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, October 18

Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)


Assalamualaikum..


Program Himpunan Sejuta Umat dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, penglibatan warga korporat dan warga kerja masing-masing.

Masyarakat Islam khususnya akan menjadi peserta barisan hadapan.  Mereka mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, AJK Masjid dan Surau, tenaga guru dan lain-lain badan serta pertubuhan yang akan disenaraikan kemudian.

Objektifnya ialah :

a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

untuk info yang lebih lanjut di sini dan sini. 


p/s : best kalau dapat join ni..tapi apakan daya..jauh..x pe..sokong dari sini aje..:)


From Me,
Mutiara Islam

Posted by faqir iLLa Allah at 4:22 PM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, October 17

'bestnyeeerrr' Gagal..

Assalamualaikum.

Dengan izin Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Mungkin blog ini semakin hari semakin berhabuk, tidak dijenguk-jenguk. Mungkin terpaksa melupakan seketika hobi untuk menulis sesuatu di dalam blog ini kerana kecemburuan masa dengan diri. 

Bila Lec Kemahiran Komunikasi mula memberi tugasan minggu lepas di dalam kelas..

"ok student, minggu depan start public speking. Tajuk bebas. Saya akan menilai dari sudut...bla bla bla......"

" alamak sudah..nak buat tajuk apo ni..den ingatkan dah nak habis u ni, x jumpo dah pulic speking ke..hape2 ke yang berkaitan..ada laei rupenyerr..oh Tidakkkk".

Akhirnya, dengan izin Allah, aku memilih tajuk.."Nilai sebuah Kegagalan" a.k.a 'bestnyeeerrr' Gagal. Mungkin dengan status seorang pelajar ini, mendorong diri untuk memilih tajuk ini kerana kegagalan sangat sinonim dengan hidup seorang PELAJAR. Mungkin ada sesetengah manusia mengagnggap kegagalan satu malapetaka dalam hidup. Dan tidak hairanlah jika ada dikalangan kita yang cetek ilmu agamanya boleh membunuh diri, terjun banggunan gara-gara gagal dalam mencapai impian. 

Hidup aku sebagai seorang Muslim banyak mengajar bahawa kegagalan itu suatu nikmat yang mana Allah sahaja yang mengetahuinya. 

"Kegagalan adalah nikmat?"

" tang mano pulak nikmat 2..tak kan kesan dari kegagalan,manusia bunuh diri sendiri nak dikatakan nikmat?"

Firman Allah dalam surah Al Baqarah 286 yang bermaksud : 

"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya"

Tiada istilah "putus asa dari kegagalan" dalam kamus seorang Muslim. Allah menyapa hati hamba-hambanya dengan lembut. 

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Apa yang kita rasa itu yang terbaik bagi kita, Allah kata "Tidak". Dan apa yang kita rasa itu bukan yang terbaik untuk kita, Allah kata"Ya" itulah yang terbaik buat kamu..wahai hambaKu. Cantik aturan Allah. Tinggi sayangNya pada kita. Kita sahaja yang culas untuk menilai kasih sayang dari Dia. 

"Bila kita memandang segala-galanya dari ALLAH, yang menciptakan kita dan segala-galanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakitnya hati kita, yang membuat keinginan kita terhalang, serta menyusahkan hidup kita, pasti akan damailah hati kita kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segala-galanya untuk sesuatu dengan sia-sia, bukan ALLAH tidak tahu betapa deritanya hidup kita, retaknya hidup kita, tapi mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu hati-hati sebeginilah lebih mudah lunak, dekat dan akrab dengan-Nya"

wassalam..

p/s : sblum my turn public speking, msej My Omak..Doakan supaya apa yang ingin di sampaikan lancar..terima kasih kepada My Omak coz doakan untuk k.ngah tadi. Alhamdulillah, Allah tolong k.gah tadi. To my Lec, maafkan saya jika tidak memenuhi apa yang di inginkan. sebab My Lec tak tengok pun den presnt tadi. Komen tak, apa2 pun tak. (Blur sendiri huhu)...:)


Tulus Dari Hati,
Penjejak Redha Illahi.
Posted by faqir iLLa Allah at 6:53 PM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, October 9

Dizalimi..Apa reaksi HATI ?

Assalamualaikum...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Apa tindakan kita hati bila dizalimi. : 

  1)    "@#$%  lah kau"
  2)   " tengok la kau nanti. den balas balik nanti"
  3)    " uhuks2 (menangis)"
  4)   " Redha Redha. dengan izin Allah."

mana pilihan kita ...1 @ 2 @ 3 @ 4...berbahagialah mereka jika memilih yang ke 4. Mengapa? Kerana sesuatu yang  terjadi itu, mesti ada hikmah di sebaliknya. Kerana tanpa izin Allah ia tidak akan berlaku. Bila cuba berfikir semula, mungkin terlebih gelak dalam kelas tadi, terbuang sampah dalam longkang, terover present Family Law, terlebih lalai dan banyak 'ter' yang kita buat setiap hari. Semua 'ter' pasti akan terlintas dalam fikiran untuk mentarbiyyah hati bahawa dengan apa yang terjadi pasti ia satu balasan dengan apa yang kita lakukan sebelum ini. Kata teman baik ku ;

       " Sabar..Sabar itu sangat Indah"

Sabar memang indah. Tetapi untuk mencapai indahnya sabar, sangat payah. Syaitan kiri kanan membisik dan membuat team "sorak"  supaya manusia bersangka buruk dengan Allah.

       "oit Syaitan..hag p main jauh2..marah den..kang den sosah kang"

Apa yang terjadi kepada diri saat ini, IMAN sedang ber 'kungfu' dengan NAFSU dan AKAL supaya menerima dengan Redho apa yang Allah telah tetapkan pada diri. 

Wahai HATI izinkan IMAN mendidikmu saat ini. Berikan ia ruang dan jalan yang luas dalam mendidik HATIMU. Berlapang dadalah engkau wahai HATI dengan sahabat karib mu,  iaitu IMAN tidak akan membiarkan kamu meraba-raba dalam kegelapan. Walaupun engkau berjalan di jalan yang terang, penuh dengan cahaya, ia masih lagi mimpin tanganmu supaya kamu tidak tersadung batu dijalanan. IMAN cayok cayok!!!



p/s : Tadi beli makanan untuk makan tengah hari di kafe. Menu..Ayam Goreng. Apa yang paling sedih, bila smpai bilik, nak makan. Ayam ku sudah bertukar wajah. Mungkin acik kafe lupa untuk asingkan ayam yang telah dimakan oleh dia sehinggakan den lah yang dapat ayam yang telah dimakan itu. Oh acik kefe, mengapa zalim terhadap diri ini huhu. (Ayam Goreng..staf-staf kafe sahaja yang boleh ambilkan untuk kita. Kita hanya boleh pilih dan tunjuk sahaja).  


 Dengan Izin Allah
 Jejari 'Kontot'
Posted by faqir iLLa Allah at 3:03 PM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tanya Diri. Tanya Iman. Pasti Senang


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.
Apa yang berlaku setiap hari, adalah pengajaran yang cuba Allah sampaikan kepada diri ini. Tidak semua peringatan yang Allah sampaikan terus kepada kita, tetapi Dia banyak menggunakan perantaraan manusia dan alam ini supaya selalu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Antaranya :

Cerita 1: Solat
…Allahu akbar Allahu Akbar…(azan zohor)

Den     : Tido la kojap. Pukol duo nti solat lah…lalala… (sambil menyayi)

…datang orang ketuk pintu…tuk tuk tuk

Minah   : akak buleh print tak?
Den      : buleh.


...krek kruk kriuk (printer season)..habis print..sambung tido..
                                               tibe2
…bila izrail datang memanggil..bla bla bla (ringtone nset)

Den    : sapo plak ni
Paeja (Penolong Kelas) : mu ad pegang x attandent kelas tadi?
Den     : tak ad Paeja..
Paeja :ok2..tut tut tut (off)
Den   : ceh..tanyo bondo alah tu jo..

Pernah tak berlaku seperti diatas. Bila kita cuba dahulukan urusan dunia, Allah memberi peringatan dengan menggunakan perantaraan manusia atau semua benda di sekeliling. Tanpa kita sedar perkara itu berlaku kepada diri kita. Sama ada kita sedar atau tidak. Itu yang menjadi persoalannya? Tanya diri. Tanya iman.

Cerita 2: Dakwah

Berbual  dengan seorang Hamba Allah , student Pengajian Islam tentang isu yang berlaku kepada umat Islam sekarang ini .

Joyah   : Jangan ada hati  nak dakwahkan orang lain kalau family sendiri tak terdakwah.
Den     : yo ko?
Joyah  : Iye la kak. Duk haram, duk halal sano sini. Dopan mato buek-buek x nampak. tak nak pulak kato haram. Adik die kak, pkai baju sarong nangko jo kuar ghumah. Ni ado hati nak togo oghang. Kan kak?
Den   :….Glup….@#$%& (blur)

Mungkin ada segelintir manusia yang setuju tentang statement ini, saya TAK SETUJU. INGAT!! Nabi Muhammad s.a.w gagal untuk dakwahkan keluarganya sendiri, Abu Talib sehingga tiba ajalnya. Adakah dengan gagalnya dakwah Baginda kepada bapa saudaranya itu menjadi alasan untuk kita tidak menerima ajarannya? Buktinya kita sendiri Islam. Yakin bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah. Berusaha untuk mengikuti sunnahnya. Tanya pada diri. Adakah masih lagi mahu berpegang dengan kata-kata ini “jangan ada hati  nak dakwahkan orang lain kalau keluarga sendiri tak terdakwah”?. Kepada si pendakwah, kadang-kadang imej kita juga menjadi ukuran untuk seseorang menerima apa yang kita cuba dakwahkan. Kepada si penerima dakwah, sila terima apa yang dia dakwahkan walaupun dia gagal dengan apa yang cuba dia dakwahkan kepada keluarga dia. Mungkin dengan orang lain dakwah dia lebih mudah diterima daripada keluarganya sendiri. Allah itu adil. Jika tidak pada keluarga, ini bukan bermaksud tidak juga pada sahabat setia. DIRI MENJADI JURI bukan JARI MENJADI JURI yang selalu Astro canang-canagkan dalam AF selama ini. Tanya diri. Tanya iman.

Cerita 3: Maaf (Sifat Mahmudah)

Kadang-kadang perkara ini selalu berlaku dalam diri kita bila kita cuba untuk menasihati sahabat terdekat kita.

Dio   : den tak kan maap kan dio sampai bilo-bilo?
Den  : napo lak, kan Nabi orang eh pemaap, sedangkan Nabi maapkan umat eh. ni
          ekau  plak. Manusio biaso jo. Pirahh..
Dio  : den bukan Nabi!!!!

Penah tak mengalami situasi ini. Nabi pernah bersabda yang maksudnya,
        "Hanya sanya aku dibangkitkan untuk melengkapkan akhlak yang
           mulia".

Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 21:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

Nabi adalah ikutan yang baik. Segala yang adapada diri Beliau,  mampu diikuti oleh semua umatnya. Kerana Allah dah kata dalam al Quran, ajaran yang di bawa oleh Nabi, mudah dan mampu dilakukan oleh manusia jika kita cuba untuk mengikutinya. Mustahil Allah utuskan seorang Nabi yang hanya memberi manfaat kepada dirinya sahaja dan tidak kepada seluruh umatnya? Setuju tak dengan saya!!! Jika manusia fahami apa maksud tersirat dari ayat al Quran ini, pasti tidak akan wujud istilah “aku bukan Nabi” kerana ajarannya mudah untuk kita ikuti dan difahami. Jadi siapa yang membuatkan ia menjadi payah dan susah? Diri kita sendiri!! Tanya diri.Tanya iman.

Ini adalah sedikit daripada apa yang kita lalui setiap hari. Mungkin ada lebih lagi daripada ini. Yang pasti .Tanya Diri.Tanya Iman. Pasti senang.

Wassalam…Pen Off


p/s: to my beloved ‘busuk’ sister Anis (final exam UPSI) and Atiqah (PMR). Pegang ini:
Usaha+Doa+Tawakal+Dengan Izin Allah = Berjaya
Ramai manusia hanya berhenti sehingga ‘Tawakal’ sahaja dan lupa ‘Dengan Izin Allah’. Sebab itu ramai manusia berputus asa kerana gagal selepas berusaha sedaya upaya dan merasakan hasilnya tidak setimpal dengan usaha. Mereka terlepas pandang dengan perkara ini “Dengan Izin Allah”.

Permata Islam,
Student Dgree. Syariah 
Posted by faqir iLLa Allah at 12:33 AM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Man Ana

My photo
faqir iLLa Allah
View my complete profile

Masa itu kapal Pelayaran

Iman Itu Kemudi kehidupan

Masalah Itu Badai Pencetus Kejayaan

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

Selangkah Mendekati Allah

  • ..::Murabbi::..
  • ..::MuslimManga::..
  • ..::akuislam::..
  • ..::Dakwat::..
  • ..::Islam Grid::..
  • ..::Halaqah::..
  • ..::Portal Murabbi Islam::..
  • ..::iLuvIslam::..

Pena iLmu

  • Saifulislam.Com
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    1 month ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    2 years ago
  • Langit Ilahi
    Poster – Sincerity
    6 years ago
  • Myilham.com
    5 Asas Penting Menilai Calon Suami Yang Soleh
    11 years ago
  • Fiqh Muamalat
    (M/S 134)
    14 years ago
  • AL KALAAM INTERAKTIF - Segalanya Semudah ... ا ب ت
    Mari Kita Bernasyid Arab- لو كان بيننا الحبيب (kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..)
    14 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    15 years ago
  • Zikir Ritma Jiwa

My Dear

  • Myadiar
    Cara Nak Setting Font Jawi Dalam Handphone
    7 years ago
  • mylittleheart
    SEPANTAS MASA
    9 years ago
  • ihaveideas
    Tekanan
    10 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    10 years ago
  • Cerita Budak Kampung
    BBM 3410 : KETIKA DAN KALIMAT
    10 years ago
  • ...Mencari Cinta Hakiki...
    Tahniah..
    10 years ago
  • AD-DHIYA'
    Sifat Solat Nabi
    12 years ago
  • WheN my KeyBoarD DiHammeRing !
    ToRaDoRa !!!!
    14 years ago
  • ..::cahaya izzah::..
    Risaunya Hati!!!
    14 years ago
  • D'heartY feelingzzz
    15 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    15 years ago
  • Intuition
  • http://marhanafi.blogspot.com//
  • ..::Tazkiratun Nafsi::..
  • :: there's life, there's hope ::
  • ..:::Musafir Ilmu Dan Cinta Al-Kelantani ::..

Say Something

It's Meee

In Memory

  • ►  2014 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2013 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ▼  October (6)
      • Dunia Yang Lebih Indah
      • Aku Sangat Cinta Sama Kamu
      • Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)
      • 'bestnyeeerrr' Gagal..
      • Dizalimi..Apa reaksi HATI ?
      • Tanya Diri. Tanya Iman. Pasti Senang
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (8)

Terima Kasih

Ahlan Wasahlan


widgeo.net

Senyum Laju-laju


Allah Love You

Teststrials

Jika rindu ini bertatah, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum. Andai rindu ini menarik resah kepadaMU aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui Ya ALLAH damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin kepada MU aku mengadu. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMU...

Powered by Blogger.
Lucky Charms Heart