Assalamualikum dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji keatas Nabi Muhammad s.a.w penghulu seluruh alam.
Hari ini 1 muharam 1433. Banyak program yang dijalankan pada hari ini, dari peringkat universiti mahupun negeri dan kebangsaan, masing-masing juga mempunyai rancangan pada hari ini. Hari ini salah seorang sahabat saya berkahwin. Tahniah, anda semakin menyempurnakan sunnah Nabi. Majoriti sahabat-sahabat muslimin mahupun muslimat bersama-sama meraikan hari bahagia beliau. Berkonvoi beramai-ramai untuk meraikan hari bahagia beliau seawal pagi. Mungkin Allah tidak izinkan untuk ku menyertai sahabat-sahabat yang lain kerana memilih untuk mempunyai komitmen yang lain. Sebenarnya apabila mengetahui sebab mengapa salah seorang sahabat tidak pergi meraikannya, mungkin aku juga sangat setuju dengan sebab beliau. . Namun apa-apa pun, doaku dari sini untuk kalian, semoga perjalanan kalian selamat pergi dan selamat kembali. (^_^)
Asalnya, diminta utuk menjadi faci TIPS SMART TILAWAH anjuran kelab PERSADA dan NADI HUFFAZ. Sangat berbesar hati apabila dipelawa untuk menjadi faci bagi program ini. Meting, perjumpaan sebelum program bermula, namun, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Tup tup tak jadi faci pun, jadi peserta jer. Hihi. Memang akuilah yang diri ini terlalu kerdil untuk membimbing semua yang dengan bacaan AL Quran yang baik. Bacaan sendiri tidak baik apatah lagi untuk membimbing yang lain. Betul kata ustaz,
“ kita ni sebenarnya tidak pernah katam, kerana kita tidak pernah katam tafsirannya, tajwidnya. Sampai sekarang, saya tidak pernah katam lagi” .
Itu kata seorang ustaz, belum saya sebagai seorang pelajar. Terlalu jauh untuk katam semua itu. Mungkin bila mendengar program yang melibatkan Al Quran seperti suatu benda yang remeh.
“Dari kecik lagi dah belajar Al Quran. Takkan masuk university ni juga, nak belaja baca AL Quran satu persatu. Belaja sebutan alif bat ta semula. Semua dah besar, dah pandai beza hukum mad, idghram bla bla bla…”
Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad. Walaupun kita sudah sedia maklum apa yang akan kita akan dapat dalam sesuatu majlis ilmu, namun itu tidak menjadi satu alasan kerana kita ini manusai yang mudah lupa. Mungkin dengan program seperti ini boleh meng’refresh’ ilmu yang sedia ada.
Sambutan program tadi tidak memberansangkan sehinggaan kami yang hadir boleh membawa pulang makanan tengah hari yang lebih 3 @ 4 bungkus.hihi..:)..Tapi sangat bersyukur walaupun kadang-kadang apa yang dibentangkan kita sudah sedia maklum namun mungkin ada benda yang kecil boleh membuat solat kita tidak berkualiti. Tadi hanya mengupas tentang Surah Al Fatihah sahaja. Cara bacaan yang betul, tajwid dan sebagainya. Sebagai seorang Hamba, akui selepas mengikuti program ini, banyak yang perlu diperbetulkan terutamanya Surah Al Fatihah. Terasa sangat rendah diri walaupun kita sendiri pelajar pengajian islam, boleh terlepas pandang tentang perkara ini. Bila ada bacaan ishmam, bacaan ‘HIM’ dengan bunyi yang betul dan bukan yang selalu dibaca setiap hari. Dan sekarang saya sudah menjumpai punca yang mana selepas solat saya masih tidak tenang, Allah tidak kabulkan doa antaranya ialah bacaan yang tidak berkualiti ketika solat. Jadi selepas program ini, saya dapat memperbaiki bacaan solat saya dengan lebih baik terutamanya surah Al Fatihah.
Bila mengetahui bacaan kita tidak berkualiti, perasaan sedih terus menyelubungi hati. Terfikir, apa pandangan Dia terhadap kita. Macam-macam kita minta tetapi kita hanya memberi ala kadar sahaja. Dan sangat bersyukur kerana Allah mengatur langkah saya pada pagi 1 muharam, dengan menyertai program seperti ini. THANK YOU ALLAH.
Jadi salah satu azam pada hijrah kali ini untuk memastikan kualiti bacaan AL Quran baik lebih-lebih lagi ketika mendirikan solat.
Salam Hijrah,
Faqir Illa Allah.






















