-->
Jelly Pages
Blogger Templates
skip to main | skip to sidebar

.::Tazkiratun Nafsi::.

Sekadar Peringatan Buat Diri.. Mengatur Langkah Menuju Illahi..

Friday, December 6

Peringatan Kiamat


Bismillahhirrohmaniroohim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Sudah sekian lama dibiarkan blog ini sendiri. Barangkali sibuk dengan tanggungjawab dan amanah yang yg dipikul. Sekarang saya sedang menjalani latihan perguruan j-Qaf disalah sebuah institute perguruan di Kuala Lumpur. Hari-hari saya penuh dengan kerja-kerja bakal seorang guru (insyaAllah) dan pelajar dalam masa yang sama. Setelah mendapat segulung ijazah dalam bidang Syariah, rezeki saya terus dipermudahkan untuk saya mengambil Diploma Perguruan. Minat? Secara jujurnya, tidak. Diri mengambil masa yang lama untuk ikhlas dengan jalan yang Allah tentukan ini. Insya Allah, semakin lama, jiwa ini serasi dengan aturan yang telah dia tentukan. Magic bukan J saya cuba pupuk minat untuk terus dalam jalan ini. Saya yakin Allah telah tentukan inilah jalan dakwah saya. Tetapi keinginan untuk menyambung pengajian tidak pernah sedikitpun  pudar dalam hati. Permohanan Master saya yang telah diluluskan oleh pihak ukm membuatkan saya berbelah bahagi suatu masa dahulu. Master @ j-qaf? Aah lupakanlah. Bukan itu yang saya mahu ceritakan.


SATU : KISAH RAMBUTAN




Teringat pensyarah softball saya di IPG ini kata “ minggu depan, UPM akan bukak satu ladang rambutan dan buah pulasan. Masuk free. Negeri Selangor sahaja yang bermusim buah rambutan sekarang bla bla bla” saya gembira melihat sahabat-sahabat teruja. Walaupun rambutan jer, tapi ia berita gembira !! J namun jauh di hati saya, saya teringat apa yang pernah ibu ungkapkan suatu masa dahulu. “ kita nak akhir zaman dan ni kak ngah. Banyak tanda-tanda dah ada. K.ngah nak tahu, salah satu tanda yang menunjukan yang kita ni dah tak lama bila pokok berbuah tidak mengikut musimnya macam dulu. Dalam Islam, musim untuk berbuah rambuatan pada bulan Rabiul Awal. Tapi sekarang..” itulah yang pernah ibu katakan. Ilmu yang diperolehinya dari masjid turut di kongsi bersama saya.

DUA : KISAH MATAHARI




Saya juga perasan, kedudukan matahari sekarang lari dari orbitnya!!. Mengapa saya boleh berkata begitu? Semasa perhimpunan di sekolah pada awal-awal tahun dahlu, saya suka memerhatikan matahari. Mungkin minda tidak mampu memberi fokus kepada ucapan-ucapan oleh guru. Masakan tidak,semua ucapan dalam bahasa cina. Kadang-kadang, masing-masing tergelak, berbisik sesama sendiri. Arghh apalah yang diucapkan oleh guru itu sehingga mampu menghadirkan rasa lucu pagi-pagi ni. Hurmm sebab itulah saya lebih suka melihat sekeliling. Gunung, burung-burung, awan dan matahari. Matahari pagi tidak seperti tengah hari. Cahayanya pada waktu pagi sungguh cantik. Kadang-kadang kita mampu melihat bentuknya yang bulat dengan sempurna. Ia betul-betul sebaris dengan bahu saya. Itulah yang saya selalu perhati setiap kali perhimpunan  rasmi di sekolah.  Namun, sejak akhir-akhir persekolahan tahun ini, matahari berada di belakang bahu saya. Yang paling ketara, cahaya matahari boleh masuk ke dalam bilik guru yang mana sebelum ini ia tidak pernah menembusi bilik guru. Apa yang saya rasa, saya cuba kongsikan dengan guru lain “ akk, perasan tak, dulu cahaya matahari tak masuk pun alam bilik guru ni” jawapannya “ a ah lah fiza, mungkin musim panas ni” . Tapi saya tahu itu amaran yang Allah berikan untuk bersedia. Tanda yang mana bila-bila masa sahaja dunia ini akan dihancurkanNya.


TIGA : MAJLIS PERKAHWINAN



2 hari lepas, saya menerima berita yang mana jiran yang saya kenali meninggal dunia. Saya terus menalifon ibu untuk bertanyakan perihal mak cik itu. Lepas satu, satu topik kami bualkan. Sehinggalah saya mula terperasan, yang mana, macam Allah ni kasi hint jer. Cuma sedar atau tidak sahaja. Bila tempat saya akan mengadakan majlis perkahwinan, pasti akan menerima berita kematian. Seminggu sebelum majlis perkahwinan, 2 hari sebelum.  Perkara itulah yang saya luahkan pada ibu.  “Sebenarnya, Allah nak cakap apa yer ngan kita ni mak? “  muhasabah sendiri. Banyak dosa dari pahala yang kita dibuat.

Saya yakin, masing-masing turut mengalami apa yang saya rasa tetapi dengan cara Allah yang berbeza. PERINGATAN KIAMAT. Itu tanda Dia cinta. Bila hambaNya sedikit tersasar, terleka, cepat-cepat Dia ingatkan semula yang mana Dunia ini sementara. Semoga kita semua terus menjadi Hamba yang Dia cinta..


*** Jodoh : Saya tahu perihal jodoh ini sangat misteri. Rahsia Allah. tapi usaha yang saya mampu adalah berdoa dan menjadi solehah dengan harapan jodoh saya muslim yang soleh. Nak dapat pasangan yang solat, kite kena solat dulu. Nak dapat pasangan yang taat padaNya, kita kene menjadi taat. Hukum alam. Apa yang kita beri, itu yang kita akan dapat.

IBU DAN AYAH CINTA PERTAMA SAYA AKAN TETAPI ALLAH DAN RASUL CINTA UTAMA SAYA.


Pen off,
Bintu Mokhtar  Q 2.1  J
Posted by faqir iLLa Allah at 12:52 AM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, October 15

Ia Milik ISLAM!!



Bismillahirrohmanirrohim..Assalamualaikum..


Alhamdulillah..setelah MEREKA YANG ARIF 

melihat kepada kemungkinan-kemungkinan yang akan 

berlaku, pada masa kini mahupun masa akan datang jika 

kalimah itu dikongsi bersama, 

akhirnya, ia milik ISLAM!! 




‘KEPUTUSAN KES KALIMAH ALLAH’




pen off.
Bintu Mokhtar

Posted by faqir iLLa Allah at 8:54 PM 0 Mutiara Islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Man Ana

My photo
faqir iLLa Allah
View my complete profile

Masa itu kapal Pelayaran

Iman Itu Kemudi kehidupan

Masalah Itu Badai Pencetus Kejayaan

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

Selangkah Mendekati Allah

  • ..::Murabbi::..
  • ..::MuslimManga::..
  • ..::akuislam::..
  • ..::Dakwat::..
  • ..::Islam Grid::..
  • ..::Halaqah::..
  • ..::Portal Murabbi Islam::..
  • ..::iLuvIslam::..

Pena iLmu

  • Saifulislam.Com
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    1 month ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    2 years ago
  • Langit Ilahi
    Poster – Sincerity
    6 years ago
  • Myilham.com
    5 Asas Penting Menilai Calon Suami Yang Soleh
    11 years ago
  • Fiqh Muamalat
    (M/S 134)
    14 years ago
  • AL KALAAM INTERAKTIF - Segalanya Semudah ... ا ب ت
    Mari Kita Bernasyid Arab- لو كان بيننا الحبيب (kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..)
    14 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    15 years ago
  • Zikir Ritma Jiwa

My Dear

  • Myadiar
    Cara Nak Setting Font Jawi Dalam Handphone
    7 years ago
  • mylittleheart
    SEPANTAS MASA
    9 years ago
  • ihaveideas
    Tekanan
    10 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    10 years ago
  • Cerita Budak Kampung
    BBM 3410 : KETIKA DAN KALIMAT
    10 years ago
  • ...Mencari Cinta Hakiki...
    Tahniah..
    10 years ago
  • AD-DHIYA'
    Sifat Solat Nabi
    12 years ago
  • WheN my KeyBoarD DiHammeRing !
    ToRaDoRa !!!!
    14 years ago
  • ..::cahaya izzah::..
    Risaunya Hati!!!
    14 years ago
  • D'heartY feelingzzz
    15 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    15 years ago
  • Intuition
  • http://marhanafi.blogspot.com//
  • ..::Tazkiratun Nafsi::..
  • :: there's life, there's hope ::
  • ..:::Musafir Ilmu Dan Cinta Al-Kelantani ::..

Say Something

It's Meee

In Memory

  • ►  2014 (2)
    • ►  June (2)
  • ▼  2013 (2)
    • ▼  December (1)
      • Peringatan Kiamat
    • ►  October (1)
      • Ia Milik ISLAM!!
  • ►  2012 (15)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (8)

Terima Kasih

Ahlan Wasahlan


widgeo.net

Senyum Laju-laju


Allah Love You

Teststrials

Jika rindu ini bertatah, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum. Andai rindu ini menarik resah kepadaMU aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui Ya ALLAH damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin kepada MU aku mengadu. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMU...

Powered by Blogger.
Lucky Charms Heart