Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Pemilik semua makhluk di langit dan dibumi. Semua berada di ‘genggaman’ Dia. Dia cukup berlembut untuk mentarbiyyah setiap hati hati manusia. Tidak pernah sesekali Dia melapaskan sekaligus apa yang Dia genggamkan. Bukan tidak mampu, tetapi dia cuma tidak mahu hati hambanya itu meronta-ronta untuk dilepaskan. Terlalu sedikit hambanya yang bersyukur setelah mendapat tarbiyyah dari dia.
Hati sekarang ini sedang diuji oleh Dia. Sedang dibolak balikkan. Stress bergelar seorang pelajar (mungkin). Mungkin diri ini terlalu ‘gagah’ dengan tajuk tesis yang samar-samar sahaja sekarang ini . Tidak mampu untuk memulakan. Mengambil masa untuk berfikir apakah yang patut ditulis. Bila dikritik tentang tajuk tesis oleh seorang ustaz, hati yang menerima..perghhh , hanya mampu tersenyum. Senyuman yang kelat-kelat pahit masa itu. Apakan daya. Hanya mampu menerima sahaja masa itu. Tajuk yang dicadangkan kena reject. Bersyukurlah HATI, Fakulti memberi tajuk yang tidak mungkin terfikir oleh pelajar lain. Dan saya yakin, pelajar lain pun tidak akan memilih tajuk ini jika diberi pilihan :).
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Yup, yakin . Ada hikmah disebalik perancangan Dia. Sabar menanti bila Dia akan bongkarkan rahsia itu.
-tik tok tik tok-
Sebenarnya mahu mengajak sahabat semua mengambil ibrah daripada video dibawah.
Sifat Allah Ar Rahman dan Ar Rahim. Mengapa Allah tak memulakan 99 namaNya dengan nama yang lain. Kenapa Ar Rahman dan Ar Rahim?. Ini menunjukkan kasih sayang Allah lebih dahulu mengatasi semua sifat-sIfatnya. Dia tak nak hamba hambanya merasa takut untuk meminta jika Dia dimulakan dengan nama AL-HAKAM (MAHA MENGHUKUM). Semakin laju membuat dosa, semakin Allah mengejar manusia untuk suruh berhenti dari larian dosa. Makin lupa kita pada Dia, makin ingat Dia pada kita. Kasih sayang Dia mengatasi segala galanya. Tetapi kita sahaja sombong dan tidak mahu menerima dan membalas Cinta dari Dia.
Terbaca satu entry dari sini. Sangat terharu dengan video ini.
Bukan mahu bercerita tentang nyanyian dia, tetapi sifat yang beliau ada mampu meruntunkan perasaan hati.
Keadaanya yang homeless, tanpa tempat tinggal membuatkan dia terpaksa berdiri atas kaki sendiri. Keadaan terlalu memaksa untuk dia lakukan walaupun pada hakikatnya kanak-kanak yang berumur 5 tahun pada masa sekarang sedang berseronok menonton ‘Tom And Jerry’ di rumah. Walaupun dia bukan beragama Islam, namun ketabahan dan sifat bersyukur yang dimiliki, mungkin tidak mampu dimiliki oleh seorang Muslim masa kini.Berbeza dengan kita. Dari kecil beliau hidup berdikari mencari sesupa nasi, namun kita ketika kecil menangis meronta-ronta supaya ibu memberkan aiskrim yang kita mahu. Kalua tidak dapat merajuk, tidak mahu keluar bilik. Tidak mahu makan nasi atau etc. Beliau tidur dimana-mana untuk merehatkan diri daripada seharian bekerja, kita pula, merungut digigit nyamuk walaupun tidur di katil dan tempat yang paling selesa sekali. Dimana letak syukur mu HATI?
Mungkin lebih mudah untuk meminta diri supaya bersabar daripada bersyukur. Mungkin lidah dengan mudah melafazkan syukur, namun hati...Allah sahaja yang tahu. Bermuhasabah sendiri. Mengingatkan Hati. Setiap apa ujian yang Dia berikan terlalu kecil untuk ditangiskan.
* doaku mewakili semua Muslim, moga dipilih untuk menerima Nur islam dari Dia. Amin
Yang sayang Emak dan Ayah,
Kak Ngah.





















tersentuh sejenak mengenang erti syukur..
ReplyDelete