Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.
Hadis yang diriwayatkan Nasai’, Ahmad, Thabrani, Baihaqi, al-Hakim, dan al-Khatib melalui Ibn Juraij dari Muhammad bin Thalhah bin Abdurrahman dari Mu’wiyah bin Jahimah as-Salami bahwasanya Jahimah pernah datang menemui Nabi, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi jihad dan sungguh aku datang kepadamu untuk meminta pendapatmu.”
Beliau berkata, “Apakah engkau masih mempunyai ibu?” Ia menjawab, “Masih.” Lalu, beliau berkata, “Hendaklah engkau tetap berbakti kepadanya karena sesungguhnya surgaitu di bawah kedua kakinya.” Menurut Albani, hadis dari Mu’awiyah bin Jahimah di atas sanadnya hasan, sedangkan al-Hakim menganggapnya hadis sahih dan itu disepakati Imam al-Zahabi.
Ibu, ummi, mama, emak, ma. Satu ungkapan yang berbeza namun maknanya sama. Mungkin apa yang dilihat mahupun didengar dihadapan mata tidak mengambarkan segelintir manusia menegtahui tentang hadis diatas ataupun tahu tapi buat-buat tak tahu. Tahu syurga dan neraka ada tapi buat-buat tak tahu. Dimana silapnya?
Bila mendengar sendiri apa yang telah dia katakan, tergamam dibuatnya. Mungkin telanjur bicara atau tidak terlintas dihatinya untuk berkata sebegitu rupa. Namun, masakan perkara seperti ini baginya hanya tiada apa-apa. Ibu yang sudah tua, ditolak kekanan mahupun kekiri untuk dijaga. Masing-masing memberi 1001 alasan mengelak untuk menjaga. Ibu tua itu tersepit diantara kemahuan dan keterpaksaan. Dengan kudrat yang hanya tinggal sisa-sisa sahaja, dia hanya mengikut kemampuan diri. Jauh dihatinya tidak mahu menyusahkan anak-anak namun apakan daya. Sakit yang di alami tidak ada ubatnya. Sakit tua.
Mahu atau tidak, anak-anak mesti memikul tanggungjawab yang diamanahkan dari Allah. Ini kesempatan kepada anak-anak untuk menjaga si ibu yang tua. Ibu yang telah menandung 9 bulan, menjaga, mendidik, memastikan anak-anak mereka hidup dengan selesa. Si ibu hanya mahu dilayan seperti yang pernah dibuatnya perpuluh-puluh tahun yang lalu. Bila anaknya sakit, risau hati seorang ibu dizahirkan dengan air mata, tidak mampu melelapkan mata dan hanya doa yang mengiringi sepanjang malam gelita. Biarlah berjuta-juta manusia mengatakan perkara yang sama tentang pengorbanan seorang ibu, namun dari apa yang didengari, perkara itu hanya tiada apa-apa bagi mereka.
Bukan tidak mengenali ibu tua itu, malahan terlebih kenal. Tidak lokek menyampaikan petua-petua masa mudanya, setia dengan Al Quran lamanya, rajin mengalahkan anak dara. Habis satu kawasan rumah kesayangannya itu dibersihkan. Walaupun sudah tua, namun keramahannya masih sama. Tapi apa yang menyedihkan, segelintir anak-anak yang lahir dari rahimnya. Dimarah,dijerkah mahupun ditengking seperti ibu tua itu bukan sesiapa. Mungkin bagi anak itu, ia sudah biasa. Marah, jerkah mahupun tengking menunjukkan kemesraan antara anak dan ibu. Sudah menjadi asam garam selama mereka menjadi keluarga.Iye ke?. Namun apa yang aku perhatikan, ibu tua itu hanya mendiamkan diri jika anak yang dia sayanginya itu melakukan sedemikian rupa.
Di mata ibu tua itu, seperti ada satu perasaan yang tidak dapat ia sembunyikan. Airmatanya tidak sanggup mengalir di hadapan anak-anak. Takut disalah ertikan oleh anak-anak. Hatiku tersentuh tatkala ibu tua itu dengan tiba-tiba meluahkan perasaan kepada yang bukan darah dagingnya. Aku dapat mendengarnya setiap butiran kata yang keluar dari mulutnya. Kesedihan, penyesalan. Walaupun dijaga oleh anak-anaknya, namun tidak sama seperti dia menjaga anak-anaknya dahulu. Dimana silapnya? Silap didikan ibu bapa dahulu atau apa? Syurga di bawah tapak kaki ibu hanya sia-sia. Tidakkah mereka mahu memudahkan perjalanan ke syurga dengan mengasihani ibu tua itu.
Berbaktilah selagi dia masih ada. Mungkin terkadang mengeluh ketika menjaganya, namun sedarlah itu hanyalah syaitan semata. Mengahasut anak-anak jauh dari syurga. Kasihanilah kepada yang pernah menyayangi.
Kata seorang guruku, Tatkala IBU KITA menghembuskan nafas terakhir.. maka hilanglah sudah satu keberkatan dari ALLAH terhadap KITA.. iaitu doa dari IBU terhadap anak-anaknya.
Wassalam..
pen Off,
Seorang Anak






















No comments:
Post a Comment
~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~