Assalamualikum. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani.
Untuk kesekian kali, hati terus dijentik oleh kata-kata Ustaz
Tirmizi. Lecture untuk madah Fiqh Muqqaran kami disini. Dadanya penuh dengan
ilmu. Kadang-kadang pernah berangan, sebelum habis pengajian disini ingin
sahaja di “sedut” semua ilmu yang dia miliki. Disebabkan kami semua
masing-masing sudah matang untuk berfikir mana baik dan mana buruk, beliau
tidak jemu berkongsi ilmu di luar madah Fiqh Muqqaran. Boleh sahaja beliau
berkongsi tentang ilmu-ilmu perkahwinan. Tip menjadi isteri suami/isteri yang baik
dan banyak lagi dan kami tidak pernah jemu mendengar apa yang dikatakan.
Biasakan telinga dengan mendengar nasihat yer kawan-kawan.:)
Antara tajuk yang kami belajar dalam madah fiqh muqaran ini
adalah talak 3 dengan satu lafaz.
Diantara dalil Jumhur Ulama yang mengatakan talaq 3 yang dilafazkan
adalah akan jatuh 3. Itu pendapat jumhur dan antara dalil yang dibawa adalah
surah at Talaq ayat 2. Kata beliau, jika dilihat tentang sebab nuzul hadis ini,
ia sangat menarik. Kata beliau “saya tidak akan beritahu kamu apa sebab nuzul
ayat ini, cari sendiri..”
Tidak sabar hati untuk mengetahui apakah sebab nuzul ayat itu. Maka
selepas habis kelas beliau, cepat kaki ini melangkah ke library untuk
mengetahui apa yang tersirat di sebalik ayat ini. Setelah melakukan beberapa
perkara yang dirasakan perlu di dahulukan, maka selepas itu dapatlah menyelak
dan membelek beberapa buah Tafsir, lalu JUMPA!!
Dan inilah sebab nuzulnya:
Ada sesetengah para Mufassir menyatakan, sebab nuzul ayat ini
adalah mengenai seorang yang bernama ‘Auf bin Malik al-Ashja’i yang
datang berjumpa Rasulullah s.a.w kerana anak lelakinya telah ditawan oleh orang
kafir. Dia berkata, “pihak musuh telah menawan anak lelakiku dan sekarang
ibunya dalam keadaan gelisah. Apakah yang harus aku lakukan?” maka Rasulullah
s.a.w pun menjawab, “Bertaqwalah kepada Allah s.w.t dan aku mencadangkan engkau
dan isterimu membaca La haulawa la Quwwata illa Billah. Maka ‘Auf dan isterinya pun melaksanakan saranan Rasulullah
s.a.w. Pada suatu hari pintu rumahnya diketuk. Terkejut apabila dilihat
anak lelakinya pulang dengan membawa100 ekor unta yang ditinggalkan terbiar
oleh pihak musuh. Anak lelakinya telah membawa unta-unta itu pulang, maka
turunlah ayat ini.
Nah sahabat-sahabat semua. Betapa hebatnya sifat tawakal.
Kadang-kadang kita berputus asa sebelum mencuba. Di dalam sebuah buku Bila
Allah Menduga Kita, ada sebuah kisah yang boleh di ambil pengajaran. Di mesir
ada seorang pemuda bernama Abbas Asisi. Beliau bergabung dengan organisasi
Ikhwanul Muslimin yang didirikan dan dipimpin oleh Hassan Al-Banna. Suatu hari
dia bersilaturrahim dan mengunjugi Syeikh Hassan Al-Banna. Kedua-duanya
berbual-bual dan Syeikh Hassan al-Banna menanyakan rancangan Abbas Asisi
selepas ini. Abbas Asisi yang baru menyelesaikan pendidikan menengahnya,
menyatakan apakah yang menjadi rancangannya. Lalu Al-Banna berkataa, “Mengapa
kamu tidak mencuba untuk memasuki bidang ketenteraan?”
“saya mempunyai masalah dengan mata
dan saya rasa saya tidak boleh lulus dalam ujian menembak.”
“Tidak apa,bertawakallah pada
Allah.” Kata Syeikh al Banna
“bagaimana saya akan bertawakal pada
Allah sementara saya mengetahui ada masalah dengan mata saya?”
“Justeru itu, bertawakallah pada
Allah. Kalau matamu sihat, mungkin kamu akan bertawakal dengan matamu.”
Abbas Asisi mengikuti saranan Al-Banna. Dia memohon memasuki bidang
ketenteraan. Di saat menjalani ujian menembak, hatinya kembali diliputi keresahan.
Tapi dia ingat pesan gurunya itu. maka dia pun berusaha dengan gigih dan
menyerahkan kesudahannya pada Allah. Ternyata dia lulus sebagai peserta terbaik
dalam ujian menembak. Ada satu pengajaran yang penting dari serita ini.
Sheikh al-Banna mengingatkan Abbas Asisi bahawa jika matanya sihat, boleh jadi
dia akan bertawakal dengan matanya dan bukan pada Allah.
Jika kita beriman pada Nya, maka kita akan merasa tenang
dalam berusaha. Walaupun kita memiliki had-had tertentu, kita tidak akan merasa
khuatir terhadap kemungkinan kesudahannya kerana tidak ada yang tidak mungkin
bagi Allah.
Maka sahabat-sahabat sekalian, jangan takut untuk bertawakal
setelah berusaha kerana sesungguhnya tawakkal itu adalah satu 'magic' yang
sangat hebat apabila kita menyerahkan sepenuh pergantungan dan kepercayaan
kepada Allah. ~ Haruman Mawar~
Pen Off,
Bintu Mokhtar






















No comments:
Post a Comment
~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~