Bismillahhirrohmaniroohim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Sudah sekian lama dibiarkan blog ini sendiri.
Barangkali sibuk dengan tanggungjawab dan amanah yang yg dipikul. Sekarang
saya sedang menjalani latihan perguruan j-Qaf disalah sebuah institute
perguruan di Kuala Lumpur. Hari-hari saya penuh dengan kerja-kerja bakal
seorang guru (insyaAllah) dan pelajar dalam masa yang sama. Setelah mendapat
segulung ijazah dalam bidang Syariah, rezeki saya terus dipermudahkan untuk
saya mengambil Diploma Perguruan. Minat? Secara jujurnya, tidak. Diri mengambil
masa yang lama untuk ikhlas dengan jalan yang Allah tentukan ini. Insya Allah,
semakin lama, jiwa ini serasi dengan aturan yang telah dia tentukan. Magic
bukan J
saya cuba pupuk minat untuk terus dalam jalan ini. Saya yakin Allah telah
tentukan inilah jalan dakwah saya. Tetapi keinginan untuk menyambung pengajian tidak pernah sedikitpun pudar dalam hati. Permohanan Master saya yang
telah diluluskan oleh pihak ukm membuatkan saya berbelah bahagi suatu masa
dahulu. Master @ j-qaf? Aah lupakanlah. Bukan itu yang saya mahu ceritakan.
SATU : KISAH RAMBUTAN
Teringat pensyarah softball saya di IPG ini kata “ minggu
depan, UPM akan bukak satu ladang rambutan dan buah pulasan. Masuk free. Negeri
Selangor sahaja yang bermusim buah rambutan sekarang bla bla bla” saya gembira
melihat sahabat-sahabat teruja. Walaupun rambutan jer, tapi ia berita gembira
!! J namun jauh di hati
saya, saya teringat apa yang pernah ibu ungkapkan suatu masa dahulu. “ kita nak
akhir zaman dan ni kak ngah. Banyak tanda-tanda dah ada. K.ngah nak tahu, salah
satu tanda yang menunjukan yang kita ni dah tak lama bila pokok berbuah tidak mengikut
musimnya macam dulu. Dalam Islam, musim untuk berbuah rambuatan pada bulan Rabiul
Awal. Tapi sekarang..” itulah yang pernah ibu katakan. Ilmu yang diperolehinya
dari masjid turut di kongsi bersama saya.
DUA : KISAH MATAHARI
Saya juga perasan, kedudukan matahari sekarang lari dari
orbitnya!!. Mengapa saya boleh berkata begitu? Semasa perhimpunan di sekolah pada
awal-awal tahun dahlu, saya suka memerhatikan matahari. Mungkin minda tidak
mampu memberi fokus kepada ucapan-ucapan oleh guru. Masakan tidak,semua
ucapan dalam bahasa cina. Kadang-kadang, masing-masing tergelak, berbisik sesama
sendiri. Arghh apalah yang diucapkan oleh guru itu sehingga mampu menghadirkan
rasa lucu pagi-pagi ni. Hurmm sebab itulah saya lebih suka melihat sekeliling. Gunung,
burung-burung, awan dan matahari. Matahari pagi tidak seperti tengah hari. Cahayanya
pada waktu pagi sungguh cantik. Kadang-kadang kita mampu melihat bentuknya yang
bulat dengan sempurna. Ia betul-betul sebaris dengan bahu saya. Itulah yang
saya selalu perhati setiap kali perhimpunan
rasmi di sekolah. Namun, sejak
akhir-akhir persekolahan tahun ini, matahari berada di belakang bahu saya. Yang
paling ketara, cahaya matahari boleh masuk ke dalam bilik guru yang mana
sebelum ini ia tidak pernah menembusi bilik guru. Apa yang saya rasa, saya cuba
kongsikan dengan guru lain “ akk, perasan tak, dulu cahaya matahari tak masuk pun
alam bilik guru ni” jawapannya “ a ah lah fiza, mungkin musim panas ni” . Tapi saya
tahu itu amaran yang Allah berikan untuk bersedia. Tanda yang mana bila-bila
masa sahaja dunia ini akan dihancurkanNya.
TIGA : MAJLIS PERKAHWINAN
2 hari lepas, saya menerima berita yang mana jiran yang saya
kenali meninggal dunia. Saya terus menalifon ibu untuk bertanyakan perihal mak
cik itu. Lepas satu, satu topik kami bualkan. Sehinggalah saya mula terperasan,
yang mana, macam Allah ni kasi hint jer. Cuma sedar atau tidak sahaja. Bila
tempat saya akan mengadakan majlis perkahwinan, pasti akan menerima berita
kematian. Seminggu sebelum majlis perkahwinan, 2 hari sebelum. Perkara itulah yang saya luahkan pada ibu. “Sebenarnya, Allah nak cakap apa yer ngan
kita ni mak? “ muhasabah sendiri. Banyak
dosa dari pahala yang kita dibuat.
Saya yakin, masing-masing turut mengalami apa yang saya rasa
tetapi dengan cara Allah yang berbeza. PERINGATAN KIAMAT. Itu tanda Dia cinta. Bila hambaNya sedikit tersasar, terleka, cepat-cepat Dia ingatkan semula yang mana Dunia ini
sementara. Semoga kita semua terus menjadi Hamba yang Dia cinta..
*** Jodoh : Saya tahu perihal jodoh ini sangat misteri. Rahsia Allah.
tapi usaha yang saya mampu adalah berdoa dan menjadi solehah dengan
harapan jodoh saya muslim yang soleh. Nak dapat pasangan yang solat, kite kena
solat dulu. Nak dapat pasangan yang taat padaNya, kita kene menjadi taat. Hukum alam. Apa yang kita beri, itu yang kita akan dapat.
IBU DAN AYAH CINTA PERTAMA SAYA AKAN TETAPI ALLAH DAN RASUL CINTA UTAMA SAYA.
IBU DAN AYAH CINTA PERTAMA SAYA AKAN TETAPI ALLAH DAN RASUL CINTA UTAMA SAYA.
Pen off,
Bintu Mokhtar Q
2.1 J



.jpg)
.jpg)




















No comments:
Post a Comment
~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~