Ayah...Ayah..
Mungkin diri ini terlalu rindu untuk melafazkannya lagi.1 Rejab..Perginya dia kembali kepada Pemilik Cinta yang lebih Agung.Diri ini tidak mampu menipu lagi. berpura-pura tenang disaat sahabat-sahabat bercerita tentang Bapa masing-masing. Terbaca entry teman-teman yang lain Intuition. Diri ini hanya mampu menumpang bahagia mereka.Sungguh demi Latta dan Uzza, aku sangat merinduinya.
Solehkan diri ini dimata Dia. Mendengar segala rayuan hati yang cuba membantu ayah dari alam yang ini.
Tangan ini menjadi saksi, menadah mengaharapkan sesuatu. Gugurnya air mata tanpa dipinta saat diriku cuba merintih, meminta,merayu demi meraih "status" Anak Soleh dari Nya. Setiap hari, tanpa jemu, diri ini tidak pernah berputus asa untuk memintanya.
Ku gagahi diri ini melalui hari-hari tanpa dia. Masih terngiang-ngiang apa yang pernah dia katakan ." Ayah tak nak anak-anak ayah kerja dalam bidang keadilan". Ku kuburkan hasrat untuk menjadi Peguam Syarie. Ku mula mencari arah tuju yang lain. Ku yakin, dia ada alasan yang kukuh untuk berkata tidak pada perkara itu. Baru ini ku sedar, apa yang tersirat di sebalik kata-katanya. Mungkin dia mahu lebih berhati-hati kerana dia akan dipersoalkan dia akhirat nanti tentang anak-anak perempuannya.Terima kasih Ayah.
Marahnya hanya diam. Jenakanya mampu membuat kami tidak tidur malam. Ya, itulah ayah. Tidak terpancar riak keletihan diwajahnya. Sedaya upaya menutup kelemahan keluarga yang lain. Sedaya upaya membantu siapa sahaja walaupun hakikatnya dia tidak mampu. Ku cuba untuk mewarisi sifat-sifatnya itu. Terima Kasih Ayah.Terima kasih banyak-banyak. Ku cuba menjadi apa yang kamu mahukan. Melatih diri tidak berputus asa dengan Rahmat Tuhan. Insya-Allah.
Ya Allah..pertemukanlah kami,walaupun hanya dalam mimpi.Tolong sampaikan rinduku padanya (Al Fatihah).selasa 21 june 2011






















No comments:
Post a Comment
~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~