Assalamualaikum..
Dengan nama Allah Pemilik Cinta yang Teragung. Cinta segala cinta di dunia. Allahu Akbar.
Ukhuwah..terlalu indah.Hari terakhir sebagai pelatih praktikal di MRS Jempol, mengajar diri ini, indahnya dan manisnya sebuah pertemuan dan pahitnya sebuah perpisahan. Sayangnya pada mereka, hanya dapat dizahir kan dengan air mata ketika itu. Mudahnya ia gugur bukti sayangnya diri ini kepada mereka. Mungkin terlalu jauh jika dibandingkan sayangnya Sahabat-sahabat kepada Baginda, begitu juga sayangnya Baginda kepada umatnya, tetapi meminjam sekelumit rasa sayang itu daripada Dia,masih sukar untuk diri ini 'membimbingnya'. SubhanaAllah. Halusnya ciptaanmu Ya Allah. Ukhuwah itu tidak nampak di pandangan mata, tetapi ia mampu dizahirkan oleh manusia. Mampu membuat manusia menitiskan air mata dan ketawa gembira.
Terima kasih kerana menerima diri yang hina ini di dalam sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Di tempat inilah, banyak mengajar erti sebuah kehidupan yang sebenar. Semua perkara yang selalu di dengar di media-media massa, kini mampu dilihat dihadapan mata sendiri. Runtuhnya masjid yang dibina sekian lama, itulah yang banyak mendidik hati ini supaya menyerahkan segala ketentuan kepada Dia. Jika ada ruang didunia untuk mendirikan masjid, doaku bukan hanya untuk mendirikannya sahaja , tetapi untuk mengimarahkannya sekali. Insya Allah.
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau meminjamkan air mata, ketawa dan perasaan sayang dan segala-galanya untuk ku kongsikan kepada keluarga kecil ini.
~ku doakan ukhuwah ini tidak akan terhenti disini sahaja~
salam sayang
Perindu Syahid Abadi..





















No comments:
Post a Comment
~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~