-->
Jelly Pages
Blogger Templates
skip to main | skip to sidebar

.::Tazkiratun Nafsi::.

Sekadar Peringatan Buat Diri.. Mengatur Langkah Menuju Illahi..

Sunday, August 28

Hapus Separuh Dosanya Kerana Tersungkur Melangkah ke Masjid

Assalamualikum..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Semalam Ramadhan yang ke 27. Jemaah di masjid semakin hari semakin berkurangan. Mungkin masing-masing mempunyai perancangan sendiri sebelum tibanya Hari Raya. Mungkin yang membezakan masjid di kampung ini dan tempat-tempat yang lain ialah terhidangnya "Halwa HATI"  atau "Kullimin" untuk peringatan sesama jemaah disini. Diri ini sangat tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Imam Terawikh malam semalam.  

Adullah Ibn Maktum. Diri ini kurang pasti sama ada mengenali beliau ataupun tidak Hamba Allah ini. Mungkin juga dia salah seorang sahabat Nabi S.A.W. Masih banyak ilmu yang perlu ditimba untuk saham Akhirat nanti. Siapakah dia? 


Abdullah Ibn Maktum pernah meminta agar dikecualikan daripada solat berjemaah di masjid. Namun, Rasulullah s.a.w. enggan memberikan pengecualian ke atasnya memandangkan beliau masih mampu mendengari seruan azan dan mampu berjalan menuju ke masjid walaupun dalam keadaan buta.
Pada subuh pertama selepas peristiwa tersebut, berjalanlah beliau menuju ke masjid. Malangnya, dia tersungkur dan jatuh hingga menyebabkan dahinya berdarah.

Keesokan harinya, Abdullah Ibn Maklum tidak patah semangat untuk tetap menuju ke masjid. Namun, kali ini beliau dipimpin oleh seorang pemuda sehingga dia selamat tiba di masjid. Begitulah berterusan hari-hari berikutnya. Pemuda itu sentiasa hadir memimpin Abdullah Ibn Maktum.

Pada suatu hari Abdullah Ibn Maktum yang tidak dapat melihat pemuda ini kerana buta bertanya, “ Siapakah namamu wahai pemuda yang baik hati?” Pemuda tersebut enggan menjawab soalan tersebut. “Untuk apa engkau ingin mengetahui namaku? Namaku tidak penting!” Pemuda tersebut memberi alasan supaya tidak ditanya lagi.

“Aku ingin mengetahui namamu agar aku dapat mendoakanmu. Semoga Allah melipatgandakan balasan kebaikan buatmu.” Abdullah Ibn Maktum memberi alasan sebagai desakan agar pemuda itu mahu memberitahu namanya.

Malangnya pemuda itu tetap degil dengan pendiriannya sehingga mereka hampir bertengkar. Akhirnya, Abdullah Ibn Maktum terpaksa bersumpah bahawa jika pemuda itu enggan memberitahu siapakah dirinya maka Abdullah tidak mahu lagi menerima khidmat pemuda tersebut.

“Akulah Iblis!” Pemuda tersebut mula menceritakan tentang dirinya setelah Abdullah Ibn Maktum mengucapkan sumpah itu.

“Mana mungkin engkau adalah Iblis sedangkan engkau memimpinku ke masjid setiap hari.?” Abdullah tidak percaya apa yang didengarnya.

“Ingatkah engkau tentang peristiwa pertama kali terjadi ketika kamu menuju ke masjid?”

“Ya. Peristiwa itu tidak akan aku lupa. Aku jatuh tersadung batu hingga dahiku berdarah.”

“ Ketika itu aku mendengar para malaikat berkata bahawa separuh dosamu telah di ampun Allah. Oleh itu, aku takut jika peristiwa umpama itu berulang dan separuh lagi dosamu diampunkan maka tidak tersisalah dosamu!” Iblis mengakhiri kata-katanya dan menghilang.


SuhanaAllah. Istiqomahnya beliau. Jika dibandingkan dengan diri ini, jauh bezanya. Dengan keadaan surau yang jauh daripada Kolej Kediaman, perlu 'berperang' antara Nafsu dan Iman. Kadang-kadang letih dengan urusan Dunia adalah antara faktor utama untuk tidak bersama dengan teman-teman yang lain mengimarahkan surau di sana. 

Ya Allah, dekatkanlah HATIku dengan tempatMU. Bimbinglah HATI ini supaya tidak tunduk kepada Hawa Nafsu semata-mata. Sedarkanlah diriku ini akan setiap azabmU jika aku terlalu mengejar Dunia yang fana ini.  Aminnn...


Faqir ila Allah,
kak ngah (Fiza)

Posted by faqir iLLa Allah at 10:50 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Man Ana

My photo
faqir iLLa Allah
View my complete profile

Masa itu kapal Pelayaran

Iman Itu Kemudi kehidupan

Masalah Itu Badai Pencetus Kejayaan

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

Selangkah Mendekati Allah

  • ..::Murabbi::..
  • ..::MuslimManga::..
  • ..::akuislam::..
  • ..::Dakwat::..
  • ..::Islam Grid::..
  • ..::Halaqah::..
  • ..::Portal Murabbi Islam::..
  • ..::iLuvIslam::..

Pena iLmu

  • Saifulislam.Com
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    1 month ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    2 years ago
  • Langit Ilahi
    Poster – Sincerity
    6 years ago
  • Myilham.com
    5 Asas Penting Menilai Calon Suami Yang Soleh
    11 years ago
  • Fiqh Muamalat
    (M/S 134)
    14 years ago
  • AL KALAAM INTERAKTIF - Segalanya Semudah ... ا ب ت
    Mari Kita Bernasyid Arab- لو كان بيننا الحبيب (kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..)
    14 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    15 years ago
  • Zikir Ritma Jiwa

My Dear

  • Myadiar
    Cara Nak Setting Font Jawi Dalam Handphone
    7 years ago
  • mylittleheart
    SEPANTAS MASA
    9 years ago
  • ihaveideas
    Tekanan
    10 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    10 years ago
  • Cerita Budak Kampung
    BBM 3410 : KETIKA DAN KALIMAT
    10 years ago
  • ...Mencari Cinta Hakiki...
    Tahniah..
    10 years ago
  • AD-DHIYA'
    Sifat Solat Nabi
    12 years ago
  • WheN my KeyBoarD DiHammeRing !
    ToRaDoRa !!!!
    14 years ago
  • ..::cahaya izzah::..
    Risaunya Hati!!!
    14 years ago
  • D'heartY feelingzzz
    15 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    15 years ago
  • Intuition
  • http://marhanafi.blogspot.com//
  • ..::Tazkiratun Nafsi::..
  • :: there's life, there's hope ::
  • ..:::Musafir Ilmu Dan Cinta Al-Kelantani ::..

Say Something

It's Meee

In Memory

  • ►  2014 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2013 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ▼  August (6)
      • Hapus Separuh Dosanya Kerana Tersungkur Melangkah ...
      • Wanita Dan Lelaki Yang Baik Itu Sebenarnya Untuk S...
      • Cinta Teragung
      • Memburu Lailatul Qadar
      • Mestikah Aku Terbang Tinggi?
      • Ramadhan Kali Ini
    • ►  July (8)

Terima Kasih

Ahlan Wasahlan


widgeo.net

Senyum Laju-laju


Allah Love You

Teststrials

Jika rindu ini bertatah, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum. Andai rindu ini menarik resah kepadaMU aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui Ya ALLAH damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin kepada MU aku mengadu. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMU...

Powered by Blogger.
Lucky Charms Heart