Assalamualaikum.
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Dia sekali lagi memjalani ibadah puasa kali ini. Hari ini tanpa sedar sudah hari yang ke 12 umat islam berpuasa.
Menjalani tanggungjawab sebagai hamba, banyak mengajar erti kesabaran dalam menempuhinya. Sungguh, kadang-kadang ingin sahaja diri ini terbang setinggi mampu untuk lari dari semua masalah yang diterima. Pernah hati ini merasa letih untu segala-galanya. Letih bersangka baik dengan manusia. Letih menerima ujian dari Nya. Namun pantas "iman" segera mengingatkan. Ia bisikan syaitan. Jangan mengalah. Bukankah itu tanda Kekasihmu sedang merinduimu. Astaghfirullah. Maafkan diri ini Ya Allah. Diri ini selalu mengeluh dengan apa yang Engkau berikan. 

Mengapa ingin terbang tinggi untuk lari dari masalah ini? Bukan tidak mahu menempuhinya. Akan tetapi diri tidak mampu untuk menerimanya. Kolam air mata ini tidak pernah kering dari menzahirkan rasa penghambaan kepada Dia. Berserah segala urusan dunia biar Dia sahaja yang mengaturkannya. Hati seakan dipujuk oleh Illahi, bahawa setiap ujian yang diberikan terlalu kecil untuk ditangiskan. Ya benar. Jika dibandingkan dengan ujian nabi dan umat-umat terdahulu, mengapa diri ini masih tidak bersyukur.
Dengar ini HATI. Janganlah engkau terbang tinggi jika mahu lari dari semua ini. Tetapi terbanglah engkau jika ia dapat melahirkan rasa SYUKUR kerana dikurniakan dengan sayap yang indah itu.
~don't forget to say Alhamdulillah and Thank You Allah~
Hamba Mu,
Kak Ngah






















No comments:
Post a Comment
~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~