-->
Jelly Pages
Blogger Templates
skip to main | skip to sidebar

.::Tazkiratun Nafsi::.

Sekadar Peringatan Buat Diri.. Mengatur Langkah Menuju Illahi..

Friday, October 28

Dunia Yang Lebih Indah

Assalamualikum dengan nama Allah.

Yang membolak balikkan hati ini. Diri ini hanya mengharap supaya tidak terlalu membolak  balikkan hati ini kerana sesungguhnya diri ini tidak mampu. Kadang-kadang mengangis sendiri , dan tidak tahu tindakan apa yang sapatutnya yang perlu dilakukan tatkala Engkau membolak balikkan hati ini dan aku tahu juga, bila-bila masa boleh malaikat Izrail mencabut nyawa ini. Berilah aku peluang untuk bertaubat supaya bila aku bertemu dengan Engkau nanti, aku mahu dalam keadaan sebersih yang mungki walaupun pun hakikatnya aku tidak sebersih  seperti mana yang Engkau harapkan.

Manjadikan dunia yang lebih indah. Mungkin ada sesetengah menggapgap bahawa:

“mengapa nak jadikan Dunia ini indah sedangkan Akhirat itu kekal abadi”



Allah menciptakan Dunia untuk akhirat. Memerintahkan hamba-hambanya menanam sepuas-puasnya di dunia supaya hasilnya dapat manjadi bekalan di akhirat nanti. Untuk siapa? Untuk kita juga. Jangan biarkan dunia bermukim dihati tapi letakkanlah ia di dalam genggaman  tangan sendiri. Bila suatu ketika kita terpaksa melepaskan dunia, maka lepaskanlah ia dengan segera dan rela. Tidak rugi melepaskan dunia jika demi Akhirat. Betul, saya tak tipu!!

Perihal keadaan saudara kita di Palestin sampai sekarang tidak habis dibicarakan. Tidak jemu dibahaskan.  Seluruh dunia dengan gagahnya bersuara supaya Palestin dibebaskan dari Israel laknatu’allah. Namun suara itu mungkin terlalu perlahan ataupun kecil sehinggakan pihak yang sepatutnya tidak dengar. Mengapa liga-liga arab hanya berdiam melihat sambil menongkat dagu sahaja apabila kanak-kanak, wanita dibunuh dengan suka hati. Manusia dijadikan seperti haiwan. Bukankah kalian adalah Negara islam yang paling besar walhal jika kalian bersatu pasti musnahlah Negara-negara yang menindas saudara-saudara kita itu?

Mengapa tidak mahu jadikan Dunia ini lebih indah. Tiada keganasan. Hidup dengan kasih sayang. Ada apa dengan keganasan. Pihak yang memberi rugi dan pihak yang menerima juga rugi. Mungkin kita sendiri tidak mampu untuk pergi kesana, berdiri dibarisan hadapan bersama saudara kita yang lain di sana untuk menentang kezaliman. Saya sangat yakin, tiada istilah dalam hidup mereka untuk mengupdate status di FB, menulis blog, tidur dengan nyenyak, makan makanan yang sedap-sedap kerana bagi mereka, hidup mereka hanyalah untuk berjuang walaupun tanpa alatan yang canggih namun batu kecil itulah alatan yang paling canggih Allah beri kepada mereka.

Mengapa tidak mahu jadikan dunia lebih indah. Sedangkan kita mampu untuk mengindahkannya. Adakah terlalu takut dengan Negara yang kecil yang sangat berpengaruh itu mampu membenamkan Negara sendiri. Semua perkara kita tabur kepada mereka. Dengan harapan, mereka boleh membantu dalam meningkatkan ekonomi Negara. Dimana silapnya. Sibuk dengan dunia sehingga lupa untuk mengindahkannya. Tidak peduli dengan tagisan sikecil disana berlari-lari menyelamatkan diri daripada terkena serangan peluru mereka. Apa salah mereka? Sila jawab!!

Berbeza disini. Kanak-kanak disini dahulunya mereka sangat bahagia. Mereka dengan gembira bermain pasir di pantai, bermain pondok-pondok, teng-teng dan baling tin, namun sekarang mereka dijadikan barang dagangan, pemuas nafsu oleh bapa sendiri dan yang lebih teruk dicampakkan oleh ibu sendiri selepas dilahirkan. Dimana salahnya mereka? Mengapa tidak cuba mengindahkan mereka. Memberi bimbingan agama, memberi kasih sayang. Mengajar mereka supaya kenal dengan Pencipta? Sila jawab!!

Hilangnya kasih sayang membuat dunia yang busuk ini semakin hari menjadi semakin busuk dengan tangan-tangan manusia yang dengan rela dan gembira membusukkan dunia setiap hari. Bukan tidak mampu tetapi mereka cuma tidak mahu dunia ini indah seperti dahulu.


~ Dunia Yang Lebih Indah ~

p/s: kenape kebanyakan yang dishare dan status kenalan di FB pasai cinta..kawin..x dak cite lain ka. adakan kahwin itu yang terdekat dengan mereka sekarang ini. kenpe x rasa MATI yang paling dekat mase ni..nape ekk??? :-/

From Me..:)
Posted by faqir iLLa Allah at 11:59 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Man Ana

My photo
faqir iLLa Allah
View my complete profile

Masa itu kapal Pelayaran

Iman Itu Kemudi kehidupan

Masalah Itu Badai Pencetus Kejayaan

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

Selangkah Mendekati Allah

  • ..::Murabbi::..
  • ..::MuslimManga::..
  • ..::akuislam::..
  • ..::Dakwat::..
  • ..::Islam Grid::..
  • ..::Halaqah::..
  • ..::Portal Murabbi Islam::..
  • ..::iLuvIslam::..

Pena iLmu

  • Saifulislam.Com
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    1 month ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    2 years ago
  • Langit Ilahi
    Poster – Sincerity
    6 years ago
  • Myilham.com
    5 Asas Penting Menilai Calon Suami Yang Soleh
    11 years ago
  • Fiqh Muamalat
    (M/S 134)
    14 years ago
  • AL KALAAM INTERAKTIF - Segalanya Semudah ... ا ب ت
    Mari Kita Bernasyid Arab- لو كان بيننا الحبيب (kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..)
    14 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    15 years ago
  • Zikir Ritma Jiwa

My Dear

  • Myadiar
    Cara Nak Setting Font Jawi Dalam Handphone
    7 years ago
  • mylittleheart
    SEPANTAS MASA
    9 years ago
  • ihaveideas
    Tekanan
    10 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    10 years ago
  • Cerita Budak Kampung
    BBM 3410 : KETIKA DAN KALIMAT
    10 years ago
  • ...Mencari Cinta Hakiki...
    Tahniah..
    10 years ago
  • AD-DHIYA'
    Sifat Solat Nabi
    12 years ago
  • WheN my KeyBoarD DiHammeRing !
    ToRaDoRa !!!!
    14 years ago
  • ..::cahaya izzah::..
    Risaunya Hati!!!
    14 years ago
  • D'heartY feelingzzz
    15 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    15 years ago
  • Intuition
  • http://marhanafi.blogspot.com//
  • ..::Tazkiratun Nafsi::..
  • :: there's life, there's hope ::
  • ..:::Musafir Ilmu Dan Cinta Al-Kelantani ::..

Say Something

It's Meee

In Memory

  • ►  2014 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2013 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ▼  October (6)
      • Dunia Yang Lebih Indah
      • Aku Sangat Cinta Sama Kamu
      • Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)
      • 'bestnyeeerrr' Gagal..
      • Dizalimi..Apa reaksi HATI ?
      • Tanya Diri. Tanya Iman. Pasti Senang
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (8)

Terima Kasih

Ahlan Wasahlan


widgeo.net

Senyum Laju-laju


Allah Love You

Teststrials

Jika rindu ini bertatah, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum. Andai rindu ini menarik resah kepadaMU aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui Ya ALLAH damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin kepada MU aku mengadu. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMU...

Powered by Blogger.
Lucky Charms Heart