-->
Jelly Pages
Blogger Templates
skip to main | skip to sidebar

.::Tazkiratun Nafsi::.

Sekadar Peringatan Buat Diri.. Mengatur Langkah Menuju Illahi..

Sunday, October 9

Tanya Diri. Tanya Iman. Pasti Senang


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.
Apa yang berlaku setiap hari, adalah pengajaran yang cuba Allah sampaikan kepada diri ini. Tidak semua peringatan yang Allah sampaikan terus kepada kita, tetapi Dia banyak menggunakan perantaraan manusia dan alam ini supaya selalu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Antaranya :

Cerita 1: Solat
…Allahu akbar Allahu Akbar…(azan zohor)

Den     : Tido la kojap. Pukol duo nti solat lah…lalala… (sambil menyayi)

…datang orang ketuk pintu…tuk tuk tuk

Minah   : akak buleh print tak?
Den      : buleh.


...krek kruk kriuk (printer season)..habis print..sambung tido..
                                               tibe2
…bila izrail datang memanggil..bla bla bla (ringtone nset)

Den    : sapo plak ni
Paeja (Penolong Kelas) : mu ad pegang x attandent kelas tadi?
Den     : tak ad Paeja..
Paeja :ok2..tut tut tut (off)
Den   : ceh..tanyo bondo alah tu jo..

Pernah tak berlaku seperti diatas. Bila kita cuba dahulukan urusan dunia, Allah memberi peringatan dengan menggunakan perantaraan manusia atau semua benda di sekeliling. Tanpa kita sedar perkara itu berlaku kepada diri kita. Sama ada kita sedar atau tidak. Itu yang menjadi persoalannya? Tanya diri. Tanya iman.

Cerita 2: Dakwah

Berbual  dengan seorang Hamba Allah , student Pengajian Islam tentang isu yang berlaku kepada umat Islam sekarang ini .

Joyah   : Jangan ada hati  nak dakwahkan orang lain kalau family sendiri tak terdakwah.
Den     : yo ko?
Joyah  : Iye la kak. Duk haram, duk halal sano sini. Dopan mato buek-buek x nampak. tak nak pulak kato haram. Adik die kak, pkai baju sarong nangko jo kuar ghumah. Ni ado hati nak togo oghang. Kan kak?
Den   :….Glup….@#$%& (blur)

Mungkin ada segelintir manusia yang setuju tentang statement ini, saya TAK SETUJU. INGAT!! Nabi Muhammad s.a.w gagal untuk dakwahkan keluarganya sendiri, Abu Talib sehingga tiba ajalnya. Adakah dengan gagalnya dakwah Baginda kepada bapa saudaranya itu menjadi alasan untuk kita tidak menerima ajarannya? Buktinya kita sendiri Islam. Yakin bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah. Berusaha untuk mengikuti sunnahnya. Tanya pada diri. Adakah masih lagi mahu berpegang dengan kata-kata ini “jangan ada hati  nak dakwahkan orang lain kalau keluarga sendiri tak terdakwah”?. Kepada si pendakwah, kadang-kadang imej kita juga menjadi ukuran untuk seseorang menerima apa yang kita cuba dakwahkan. Kepada si penerima dakwah, sila terima apa yang dia dakwahkan walaupun dia gagal dengan apa yang cuba dia dakwahkan kepada keluarga dia. Mungkin dengan orang lain dakwah dia lebih mudah diterima daripada keluarganya sendiri. Allah itu adil. Jika tidak pada keluarga, ini bukan bermaksud tidak juga pada sahabat setia. DIRI MENJADI JURI bukan JARI MENJADI JURI yang selalu Astro canang-canagkan dalam AF selama ini. Tanya diri. Tanya iman.

Cerita 3: Maaf (Sifat Mahmudah)

Kadang-kadang perkara ini selalu berlaku dalam diri kita bila kita cuba untuk menasihati sahabat terdekat kita.

Dio   : den tak kan maap kan dio sampai bilo-bilo?
Den  : napo lak, kan Nabi orang eh pemaap, sedangkan Nabi maapkan umat eh. ni
          ekau  plak. Manusio biaso jo. Pirahh..
Dio  : den bukan Nabi!!!!

Penah tak mengalami situasi ini. Nabi pernah bersabda yang maksudnya,
        "Hanya sanya aku dibangkitkan untuk melengkapkan akhlak yang
           mulia".

Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 21:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

Nabi adalah ikutan yang baik. Segala yang adapada diri Beliau,  mampu diikuti oleh semua umatnya. Kerana Allah dah kata dalam al Quran, ajaran yang di bawa oleh Nabi, mudah dan mampu dilakukan oleh manusia jika kita cuba untuk mengikutinya. Mustahil Allah utuskan seorang Nabi yang hanya memberi manfaat kepada dirinya sahaja dan tidak kepada seluruh umatnya? Setuju tak dengan saya!!! Jika manusia fahami apa maksud tersirat dari ayat al Quran ini, pasti tidak akan wujud istilah “aku bukan Nabi” kerana ajarannya mudah untuk kita ikuti dan difahami. Jadi siapa yang membuatkan ia menjadi payah dan susah? Diri kita sendiri!! Tanya diri.Tanya iman.

Ini adalah sedikit daripada apa yang kita lalui setiap hari. Mungkin ada lebih lagi daripada ini. Yang pasti .Tanya Diri.Tanya Iman. Pasti senang.

Wassalam…Pen Off


p/s: to my beloved ‘busuk’ sister Anis (final exam UPSI) and Atiqah (PMR). Pegang ini:
Usaha+Doa+Tawakal+Dengan Izin Allah = Berjaya
Ramai manusia hanya berhenti sehingga ‘Tawakal’ sahaja dan lupa ‘Dengan Izin Allah’. Sebab itu ramai manusia berputus asa kerana gagal selepas berusaha sedaya upaya dan merasakan hasilnya tidak setimpal dengan usaha. Mereka terlepas pandang dengan perkara ini “Dengan Izin Allah”.

Permata Islam,
Student Dgree. Syariah 
Posted by faqir iLLa Allah at 12:33 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Man Ana

My photo
faqir iLLa Allah
View my complete profile

Masa itu kapal Pelayaran

Iman Itu Kemudi kehidupan

Masalah Itu Badai Pencetus Kejayaan

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

Selangkah Mendekati Allah

  • ..::Murabbi::..
  • ..::MuslimManga::..
  • ..::akuislam::..
  • ..::Dakwat::..
  • ..::Islam Grid::..
  • ..::Halaqah::..
  • ..::Portal Murabbi Islam::..
  • ..::iLuvIslam::..

Pena iLmu

  • Saifulislam.Com
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    1 month ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    2 years ago
  • Langit Ilahi
    Poster – Sincerity
    6 years ago
  • Myilham.com
    5 Asas Penting Menilai Calon Suami Yang Soleh
    11 years ago
  • Fiqh Muamalat
    (M/S 134)
    14 years ago
  • AL KALAAM INTERAKTIF - Segalanya Semudah ... ا ب ت
    Mari Kita Bernasyid Arab- لو كان بيننا الحبيب (kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..)
    14 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    15 years ago
  • Zikir Ritma Jiwa

My Dear

  • Myadiar
    Cara Nak Setting Font Jawi Dalam Handphone
    7 years ago
  • mylittleheart
    SEPANTAS MASA
    9 years ago
  • ihaveideas
    Tekanan
    10 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    10 years ago
  • Cerita Budak Kampung
    BBM 3410 : KETIKA DAN KALIMAT
    10 years ago
  • ...Mencari Cinta Hakiki...
    Tahniah..
    10 years ago
  • AD-DHIYA'
    Sifat Solat Nabi
    12 years ago
  • WheN my KeyBoarD DiHammeRing !
    ToRaDoRa !!!!
    14 years ago
  • ..::cahaya izzah::..
    Risaunya Hati!!!
    14 years ago
  • D'heartY feelingzzz
    15 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    15 years ago
  • Intuition
  • http://marhanafi.blogspot.com//
  • ..::Tazkiratun Nafsi::..
  • :: there's life, there's hope ::
  • ..:::Musafir Ilmu Dan Cinta Al-Kelantani ::..

Say Something

It's Meee

In Memory

  • ►  2014 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2013 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ▼  October (6)
      • Dunia Yang Lebih Indah
      • Aku Sangat Cinta Sama Kamu
      • Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)
      • 'bestnyeeerrr' Gagal..
      • Dizalimi..Apa reaksi HATI ?
      • Tanya Diri. Tanya Iman. Pasti Senang
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (8)

Terima Kasih

Ahlan Wasahlan


widgeo.net

Senyum Laju-laju


Allah Love You

Teststrials

Jika rindu ini bertatah, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum. Andai rindu ini menarik resah kepadaMU aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui Ya ALLAH damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin kepada MU aku mengadu. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMU...

Powered by Blogger.
Lucky Charms Heart