-->
Jelly Pages
Blogger Templates
skip to main | skip to sidebar

.::Tazkiratun Nafsi::.

Sekadar Peringatan Buat Diri.. Mengatur Langkah Menuju Illahi..

Wednesday, November 16

Bayangkan Kalau Bukan Beliau Tetapi Dia



Assalamualaikum. Dengan izin Allah.



Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita...tuk tuk tuk
Baginda datang dengan tersenyum dengan muka bersih di muka pintu rumah kita...
Apa yang kita lakukan...!!!

Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk baginda erat dengan erat dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita...
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah s.a.w sudi menginap beberapa hari di rumah kita...
Baginda tetap tersenyum... ...



Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah s.a.w menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringatkan video rated 18xxx yang yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkannya dahulu video tersebut ke dalam...
Baginda tetap tersenyum... ...



Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa
Barangkali kita akan memindahkan lafaz ALLAH dan MUHAMMAD yang ada di ruang sampan dan kita meletakkannya di ruang tamu...
Baginda tetap tersenyum... ..
Itu jika Rasulullah. Masih lagi tersenyum.


Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan TV@ laptop...
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi...
Barangkali kita menjadi malu kerana kita tidak pernah menjalankan solat sunat...
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al-Quran...
Baginda tetap tersenyum... ...


Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah s.a.w menanyakan kepada kita siapa nama mak cik cleaner yang sentiasa mengutip sampah-sampah...
Betapa senyuman Baginda masih lagi di situ...


Masihkan Baginda tersenyum....
Senyum pilu, senyum sedih, dan senyum getir....
Oh! Betapa memalukan kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah...

Itu Rasulullah yang sangat sayang pada umatnya. Masih mampu tersenyum

Tetapi, jika bukan Rasulullah?

Sedang kita senang lenang melayan FB..Mengaupdate status dan men’like’ apa-apa yang dirasakan boleh di like..tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik kita..

Dalam hati kata “aish kacau btol lah. Ni mesti budak jual kerepek ni”
Dari meje study kita jerit je.. “pintu x kunci, masuklah!!”
Tetapi, semakin kita menjerit menyuruh dia masuk, semakin kuat pintu itu diketuk 
“aish..ni yang den marah ni” kata hati 

Dalam perasaan yang marah, segera kita bangun untuk membuka pintu. Dengan tiba-tiba seluruh badan kita menggigil melihat siapa yang berada di hadapan pintu bilik kita itu.
Beliau dengan berpakaian hitam dan muka yang bengis berkata:

“aku adalah malaikat Izrail yang diutuskan oleh tuhan mu mahupun aku. Menurut kontrak perjanjian anda dengan Tuanmu ketika di alam roh lagi, akan tamat dalam masa 10 minit lagi. Sila bersiap sedia dalam masa 10 minit ini. Sila bawa bekalan-bekalan yang dirasakan perlu. Aku akan menunggumu di muka pintu ini juga!”

Pada saat itu, pasti kita tidak mampu berfikir apa-apa..
Untuk membalas komen Fb yang mana sahabat kita mengkomen gambar yang kita letakkan di dalam Fb..
Tidak mampu mengupdate status supaya meminta kenalan di Fb mendoakan kita sepanjang perjalanan kita bertemu dengan Allah ini..
Membawa pakaian jauh sekali..
Nak solat zohor yang kita tidak mengerjakannya lagi kerana sibuk membuat asseimen yang mana mestilah dihantar keesokkan harinya..
Nak solat taubat..
Memohon maaf kepada keluarga, guru-guru @ lectrure, sahabat-sahabat dan lain-lain lagi… SEMUA TIDAK SEMPAT LAGI!!

Malaikat Izrail menjerit kepada kita lagi.

“Wahai Hamba Allah, masa anda hanya tinggal 1 minit sahaja lagi”

Saat ini penyesalan sahajalah yang menyelubungi diri kita…
 Pandangan semakin gelap…
 Air mata penyesalan hanya menjadi teman pada masa itu…
Mengaharapkan satu rahmat dari Allah supaya ditempatkan dikalangan orang-orang yang baik-baik..
Tetapi dengan keadaan kita sebelum ini, yang suka menyimpan video 18 xxx…
Meletakkan gambar yang tidak sepatutnya di dalam bilik..
Sibuk dengan hiburan dunia..Fb, Twitter, Ym…
Tidak berselawat kepada Nabi sebelum tidur dan banya lagi yang kita lakukan.


Adakah Allah mahu mamberi rahmat kepada kita jika semua perbuatan kita hanya untuk meraih manfaat di duniawi..

wassalam

 p/s : sekadar peringatan buat diri...

Posted by faqir iLLa Allah at 7:35 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Man Ana

My photo
faqir iLLa Allah
View my complete profile

Masa itu kapal Pelayaran

Iman Itu Kemudi kehidupan

Masalah Itu Badai Pencetus Kejayaan

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

Selangkah Mendekati Allah

  • ..::Murabbi::..
  • ..::MuslimManga::..
  • ..::akuislam::..
  • ..::Dakwat::..
  • ..::Islam Grid::..
  • ..::Halaqah::..
  • ..::Portal Murabbi Islam::..
  • ..::iLuvIslam::..

Pena iLmu

  • Saifulislam.Com
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    1 month ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    2 years ago
  • Langit Ilahi
    Poster – Sincerity
    6 years ago
  • Myilham.com
    5 Asas Penting Menilai Calon Suami Yang Soleh
    11 years ago
  • Fiqh Muamalat
    (M/S 134)
    14 years ago
  • AL KALAAM INTERAKTIF - Segalanya Semudah ... ا ب ت
    Mari Kita Bernasyid Arab- لو كان بيننا الحبيب (kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..)
    14 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    15 years ago
  • Zikir Ritma Jiwa

My Dear

  • Myadiar
    Cara Nak Setting Font Jawi Dalam Handphone
    7 years ago
  • mylittleheart
    SEPANTAS MASA
    9 years ago
  • ihaveideas
    Tekanan
    10 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    10 years ago
  • Cerita Budak Kampung
    BBM 3410 : KETIKA DAN KALIMAT
    10 years ago
  • ...Mencari Cinta Hakiki...
    Tahniah..
    10 years ago
  • AD-DHIYA'
    Sifat Solat Nabi
    12 years ago
  • WheN my KeyBoarD DiHammeRing !
    ToRaDoRa !!!!
    14 years ago
  • ..::cahaya izzah::..
    Risaunya Hati!!!
    14 years ago
  • D'heartY feelingzzz
    15 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    15 years ago
  • Intuition
  • http://marhanafi.blogspot.com//
  • ..::Tazkiratun Nafsi::..
  • :: there's life, there's hope ::
  • ..:::Musafir Ilmu Dan Cinta Al-Kelantani ::..

Say Something

It's Meee

In Memory

  • ►  2014 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2013 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (29)
    • ►  December (3)
    • ▼  November (3)
      • More Than Words # 1 : Maal Hijrah 1433
      • Menangislah Wahai Mata
      • Bayangkan Kalau Bukan Beliau Tetapi Dia
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (8)

Terima Kasih

Ahlan Wasahlan


widgeo.net

Senyum Laju-laju


Allah Love You

Teststrials

Jika rindu ini bertatah, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum. Andai rindu ini menarik resah kepadaMU aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui Ya ALLAH damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin kepada MU aku mengadu. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMU...

Powered by Blogger.
Lucky Charms Heart