-->
Jelly Pages
Blogger Templates
skip to main | skip to sidebar

.::Tazkiratun Nafsi::.

Sekadar Peringatan Buat Diri.. Mengatur Langkah Menuju Illahi..

Sunday, November 27

More Than Words # 1 : Maal Hijrah 1433

           
Assalamualikum dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji keatas Nabi Muhammad s.a.w penghulu seluruh alam. 

Hari ini 1 muharam 1433. Banyak program yang dijalankan pada hari ini, dari peringkat universiti mahupun negeri dan kebangsaan, masing-masing juga  mempunyai rancangan pada hari ini. Hari ini salah seorang sahabat saya berkahwin. Tahniah, anda semakin menyempurnakan sunnah Nabi. Majoriti sahabat-sahabat muslimin mahupun muslimat bersama-sama meraikan hari bahagia beliau. Berkonvoi beramai-ramai untuk meraikan hari bahagia beliau seawal pagi. Mungkin Allah tidak izinkan untuk ku menyertai sahabat-sahabat yang lain kerana memilih untuk mempunyai komitmen yang lain. Sebenarnya apabila mengetahui sebab mengapa salah seorang sahabat tidak pergi meraikannya, mungkin aku juga sangat setuju dengan sebab beliau. . Namun apa-apa pun, doaku dari sini untuk kalian, semoga perjalanan kalian selamat pergi dan selamat kembali. (^_^)

Asalnya, diminta utuk menjadi faci TIPS SMART TILAWAH anjuran kelab PERSADA dan NADI HUFFAZ.  Sangat berbesar hati apabila dipelawa untuk menjadi faci bagi program ini. Meting, perjumpaan sebelum program bermula, namun, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Tup tup tak jadi faci pun, jadi peserta jer. Hihi. Memang akuilah yang diri ini terlalu kerdil untuk membimbing semua yang dengan bacaan AL Quran yang baik. Bacaan sendiri tidak baik apatah lagi untuk membimbing yang lain. Betul kata ustaz,

“ kita ni sebenarnya tidak pernah katam, kerana kita tidak pernah katam tafsirannya, tajwidnya. Sampai sekarang, saya tidak pernah katam lagi” .

 Itu kata seorang ustaz, belum saya sebagai seorang pelajar. Terlalu jauh untuk katam semua itu.  Mungkin bila mendengar program yang melibatkan Al Quran seperti suatu benda yang remeh.

“Dari kecik lagi dah belajar Al Quran. Takkan masuk university ni juga, nak belaja baca AL Quran satu persatu. Belaja sebutan alif bat ta semula. Semua dah besar, dah pandai beza hukum mad, idghram bla bla bla…”

Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad. Walaupun kita sudah sedia maklum apa yang akan kita akan dapat dalam sesuatu majlis ilmu, namun itu tidak menjadi satu alasan kerana kita ini manusai yang mudah lupa. Mungkin dengan program seperti ini boleh meng’refresh’ ilmu yang sedia ada.

Sambutan program tadi tidak memberansangkan sehinggaan kami yang hadir boleh membawa pulang makanan tengah hari yang lebih 3 @ 4 bungkus.hihi..:)..Tapi sangat bersyukur walaupun kadang-kadang apa yang dibentangkan kita sudah sedia maklum namun mungkin ada benda yang kecil boleh membuat solat kita tidak berkualiti. Tadi hanya mengupas tentang Surah Al Fatihah sahaja. Cara bacaan yang betul, tajwid dan sebagainya. Sebagai seorang Hamba, akui selepas mengikuti program ini, banyak yang perlu diperbetulkan terutamanya Surah Al Fatihah. Terasa sangat rendah diri walaupun kita sendiri pelajar pengajian islam, boleh terlepas pandang tentang perkara ini. Bila ada bacaan ishmam, bacaan ‘HIM’ dengan bunyi yang betul dan bukan yang selalu dibaca setiap hari. Dan sekarang saya sudah menjumpai punca yang mana selepas solat saya masih tidak tenang, Allah tidak kabulkan doa antaranya ialah bacaan yang tidak berkualiti ketika solat. Jadi selepas program ini, saya dapat memperbaiki bacaan solat saya dengan lebih baik terutamanya surah Al Fatihah.

Bila mengetahui bacaan kita tidak berkualiti, perasaan sedih terus menyelubungi hati. Terfikir, apa pandangan Dia terhadap kita. Macam-macam kita minta tetapi kita hanya memberi ala kadar sahaja. Dan sangat bersyukur kerana Allah mengatur langkah saya pada pagi 1 muharam, dengan menyertai program seperti ini. THANK YOU ALLAH.

Jadi salah satu azam pada hijrah kali ini untuk memastikan kualiti bacaan AL Quran baik lebih-lebih lagi ketika mendirikan solat.


~ Ya Allah, muliakanlah akhlak ku dengan kemulian Al Quran ~ 


Salam Hijrah,
Faqir Illa Allah.
Posted by faqir iLLa Allah at 5:52 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: b

No comments:

Post a Comment

~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Man Ana

My photo
faqir iLLa Allah
View my complete profile

Masa itu kapal Pelayaran

Iman Itu Kemudi kehidupan

Masalah Itu Badai Pencetus Kejayaan

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

Selangkah Mendekati Allah

  • ..::Murabbi::..
  • ..::MuslimManga::..
  • ..::akuislam::..
  • ..::Dakwat::..
  • ..::Islam Grid::..
  • ..::Halaqah::..
  • ..::Portal Murabbi Islam::..
  • ..::iLuvIslam::..

Pena iLmu

  • Saifulislam.Com
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    1 month ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    2 years ago
  • Langit Ilahi
    Poster – Sincerity
    6 years ago
  • Myilham.com
    5 Asas Penting Menilai Calon Suami Yang Soleh
    11 years ago
  • Fiqh Muamalat
    (M/S 134)
    14 years ago
  • AL KALAAM INTERAKTIF - Segalanya Semudah ... ا ب ت
    Mari Kita Bernasyid Arab- لو كان بيننا الحبيب (kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..)
    14 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    15 years ago
  • Zikir Ritma Jiwa

My Dear

  • Myadiar
    Cara Nak Setting Font Jawi Dalam Handphone
    7 years ago
  • mylittleheart
    SEPANTAS MASA
    9 years ago
  • ihaveideas
    Tekanan
    10 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    10 years ago
  • Cerita Budak Kampung
    BBM 3410 : KETIKA DAN KALIMAT
    10 years ago
  • ...Mencari Cinta Hakiki...
    Tahniah..
    10 years ago
  • AD-DHIYA'
    Sifat Solat Nabi
    12 years ago
  • WheN my KeyBoarD DiHammeRing !
    ToRaDoRa !!!!
    14 years ago
  • ..::cahaya izzah::..
    Risaunya Hati!!!
    14 years ago
  • D'heartY feelingzzz
    15 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    15 years ago
  • Intuition
  • http://marhanafi.blogspot.com//
  • ..::Tazkiratun Nafsi::..
  • :: there's life, there's hope ::
  • ..:::Musafir Ilmu Dan Cinta Al-Kelantani ::..

Say Something

It's Meee

In Memory

  • ►  2014 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2013 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (29)
    • ►  December (3)
    • ▼  November (3)
      • More Than Words # 1 : Maal Hijrah 1433
      • Menangislah Wahai Mata
      • Bayangkan Kalau Bukan Beliau Tetapi Dia
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (8)

Terima Kasih

Ahlan Wasahlan


widgeo.net

Senyum Laju-laju


Allah Love You

Teststrials

Jika rindu ini bertatah, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum. Andai rindu ini menarik resah kepadaMU aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui Ya ALLAH damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin kepada MU aku mengadu. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMU...

Powered by Blogger.
Lucky Charms Heart