-->
Jelly Pages
Blogger Templates
skip to main | skip to sidebar

.::Tazkiratun Nafsi::.

Sekadar Peringatan Buat Diri.. Mengatur Langkah Menuju Illahi..

Friday, December 23

More Than Words # 2 : Surau Kayu


Bismillah..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Menyingkap lembaran sebuah kenangan.
Suara MPP bertalu-talu di corong speker rumah ini. Berbagai-bagai pengunguman dibuat sama ada pemberitahuan sesuatu aktiviti hinggalah hilang barang dijumpai, semua akan didengari. 

“Perhatian kepada mahasiswa/si satu solat hajat akan diadakan di Masjid Unisza..bla bla bla. Semua dijemput hadir”. 

 Aku dipilih oleh Illahi. Mungkin ada sesetengah yang beranggapan

“apalah solat hajat jer, kan buat selalu”.

Rindu untuk menjejakkan kaki dirumah Illahi, antara yang mendorongku saat itu. Kaki terus melangkah damai. Bersama sahabat-sahabat yang lain menunggu bas demi menyahut seruan Illahi. Untuk semester kali ini, pertama kali aku menjejakkan kaki disini. Damai. Sungguh damai..

*******
Teringat aku tentang surau kayu di sekolah dahulu.  Aku diantara pelajar yang selalu di ’bedal’ dengan rotan kayu. Kerana apa?. Kerana selalu lewat untuk ke surau. Iye, itu adalah aku.  Fikiranku tidak pernah lupa susuk tubuh yang selalu merotan ku itu. ‘Ya Walaaad’ itulah perkataan yang sentiasa keluar dari mulut dia jika ingin memangggil anak-anaknya supaya sedar akan tanggungjawab sendiri. Berbirat-birat dan lebam di kaki. Namun, semakin hari dirotan semakin lewat aku ke surau. Masakan tidak, setengah jam sebelum masuk waktu subuh, pelajar-pelajar hendaklah sudah tiba disurau. Terpaksa berebut-rebut mandi di tandas bersama sahabat-sahabat yang lain semata-mata untuk tidak mendapat hadiah dipagi hari. Akan tetapi, kaki ini tetap menjadi pujaan rotannya itu. Pernah sekali dua aku awal ke surau,  mungkin dia pelik melihat aku. Siapakah aku ini? Dengan riak wajah yang jelas kelihatan, aku seperti dapat membaca apa yang dia fikirkan saat itu.

“Bia Betul , kamu ke ni?”,
“Jam kamu cepat satu jam ke”
“syukur Alhamdulillah, kamu dah insap”
“saya mimpi saya bedal kaki kamu semalam, tapi….-__-“

Bila terkenang kembali, mampu membuat aku tergelak sendiri. Macam bukan aku jer yang buat bende ni..:P . Manis betul kenangan itu. Tidak boleh mamakai sandal adalah satu peraturan yang dibuat masa itu. Kami semua hanya dibenarkan untuk memakai selipar sahaja seperti selipar asadi. Itu sahaja dibenarkan ketika itu.  Jika ada yang degil dan masih mahu memakainya, akibatnya, sandal akan diletakkan diatas bumbung surau kayu itu. Sesiapa yang kehilangan kasut ketika disurau, maka jawabnya : SILA AMBIL DI ATAS BUMBUNG SURAU.

Pelajar perempuan yang sandalnya menjadi mangsa, menjerit geram kepada dia. Arrrrggghhhh. Terpaksa memanjat bumbung surau itu. Mahu atau tidak, mesti mengambilnya kerana akan berkaki ayam di kelas prep selepas ini. Yang ini aku tidak pernah lalui, memanjat bumbung dan sebagainya kerana pada masa itu aku terikat dengan satu amanah yang diberi. Ketua Disiplin Aspuri merangkap Pengawas Sekolah. Dia adalah guru disiplin kami. Oh aku tidak mampu untuk mengingkari dalam bab ini.
*******

"Assalamualikum….."


aku tersedar dari lamunan duniawi. Cepat-cepat aku kembali kepada realiti. Sahabat disisi masih khusyuk sendiri. Suara imam memberi pengunguman sebelum solat hajat didiri.

“ada dua orang Hamba Allah memohon untuk mendoakan mereka. Yang pertama ibunya yang telah tua terkena sihir manusia. Kita doakan ibunya sembuh seperti sediakalan  dan yang kedua seorang suami meminta untuk mendoakan isterinya kerana selalu meminta cerai daripada beliau. Kita juga doakan supaya isterinya lembut hati supaya tidak bercerai”…Amiinnn..

Luruskan saf, rapatkan saf...solat hajat bermula..

~ Gambar Hiasan: Ditempat inilah banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan~

Dari saya,
Pengawas Sekolah..hihi..:)


p/s : ok masa dah time. sila tidur, nanti takut terlajak Subuh..
Posted by faqir iLLa Allah at 1:41 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

2 comments:

  1. amalDecember 23, 2011 at 7:15 AM

    "sila ambil atas bumbung surau"..klakor2:),

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. faqir iLLa AllahDecember 25, 2011 at 10:19 AM

    dak laki siap ckp kat mike surau laei..dak pmpuan, kasut ats bumbung yer..dieorg pun dh lali ^^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Man Ana

My photo
faqir iLLa Allah
View my complete profile

Masa itu kapal Pelayaran

Iman Itu Kemudi kehidupan

Masalah Itu Badai Pencetus Kejayaan

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

Selangkah Mendekati Allah

  • ..::Murabbi::..
  • ..::MuslimManga::..
  • ..::akuislam::..
  • ..::Dakwat::..
  • ..::Islam Grid::..
  • ..::Halaqah::..
  • ..::Portal Murabbi Islam::..
  • ..::iLuvIslam::..

Pena iLmu

  • Saifulislam.Com
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    1 month ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    2 years ago
  • Langit Ilahi
    Poster – Sincerity
    6 years ago
  • Myilham.com
    5 Asas Penting Menilai Calon Suami Yang Soleh
    11 years ago
  • Fiqh Muamalat
    (M/S 134)
    14 years ago
  • AL KALAAM INTERAKTIF - Segalanya Semudah ... ا ب ت
    Mari Kita Bernasyid Arab- لو كان بيننا الحبيب (kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..)
    14 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    15 years ago
  • Zikir Ritma Jiwa

My Dear

  • Myadiar
    Cara Nak Setting Font Jawi Dalam Handphone
    7 years ago
  • mylittleheart
    SEPANTAS MASA
    9 years ago
  • ihaveideas
    Tekanan
    10 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    10 years ago
  • Cerita Budak Kampung
    BBM 3410 : KETIKA DAN KALIMAT
    10 years ago
  • ...Mencari Cinta Hakiki...
    Tahniah..
    10 years ago
  • AD-DHIYA'
    Sifat Solat Nabi
    12 years ago
  • WheN my KeyBoarD DiHammeRing !
    ToRaDoRa !!!!
    14 years ago
  • ..::cahaya izzah::..
    Risaunya Hati!!!
    14 years ago
  • D'heartY feelingzzz
    15 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    15 years ago
  • Intuition
  • http://marhanafi.blogspot.com//
  • ..::Tazkiratun Nafsi::..
  • :: there's life, there's hope ::
  • ..:::Musafir Ilmu Dan Cinta Al-Kelantani ::..

Say Something

It's Meee

In Memory

  • ►  2014 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2013 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (29)
    • ▼  December (3)
      • Destinasi Tujuan Seterusnya
      • More Than Words # 2 : Surau Kayu
      • Dari Kasih Untuk Kekasih
    • ►  November (3)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (8)

Terima Kasih

Ahlan Wasahlan


widgeo.net

Senyum Laju-laju


Allah Love You

Teststrials

Jika rindu ini bertatah, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum. Andai rindu ini menarik resah kepadaMU aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui Ya ALLAH damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin kepada MU aku mengadu. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMU...

Powered by Blogger.
Lucky Charms Heart