Assalamualikum..dengan nama Allah yang Maha Pemurah yang Maha Mengasihani..
Teringat kembali kenangan–kenangan ketika masih bangku sekolah dahulu. Ketika di form 1 hingga form 5, bersekolah di sini. Surau kayu itu banyak mengingatkan saya. Kadang-kadang rasa rindu pada ‘rotan’ yang menjadi sahabat karib masa itu.
Selepas habis form 5, bersekolah pula di sini. Dengan keputusan SPM yang tidak seberapa, saya memilih untuk mengambil form 6 disana. Dan disana, suraunya dari batu. Seperti peraturan surau kayu, siapa yang lambat datang ke surau akan didenda. Bukan dengan rotan tetapi mengahafal 5 ayat al Quran yang di tentukan oleh AJK surau. Of couse la, I pnah kene denda. Tapi seingatlah, hanya pernah di denda sekali sahaja. Wa Allahu a’lam..mak cik dah tuo..lupo :p
Bukan itu yang saya mahu ceritakan, tetapi yang ini..jeng3...^^
Suatu hari surau utama sedang di renovate. So kami student perempuan dibenarkan solat di surau aspuri buat masa itu. Lebih kurang dalam 2 @ 3 bulan, kami bersolat di asrama sendiri. Jadi, AJK surau berhempas pulas untuk memikirkan aktiviti yang sesuai di lakukan selepas maghrib. Kalau di surau utama, aktiviti selepas maghrib telah disusun. Kuliah maghrib, kullimin, bacaan al Quran dan lain-lain. Selepas selesai solat maghrib, selalunya akan berzikir. Masa inilah, masing-masing nak menunjukkan bakat yang lama tersimpan. Melontarkan vocal masing-masing. Kalau dekat surau utama, tak dapat nak zikir kuat-kuat sebab berjemaah dengan muslimin. Kena pelan-pelan jer.
Selepas 3 bulan, surau utama selesai di renovate. So kami mendapat arahan dari warden supaya berjemaah di surau itu seperti dahulu. Hmm nak tak nak kene pegi jugak. Kalau berjemaah di aspuri, boleh pegi surau pakai selipar jepun je. Kalau lambat, boleh lari laju-laju. 2 saat dah sampai. Tak payah kene denda. Kalau pegi surau utama ni, kene pakai stoking dan menutup aurat dengan sempurna. Agak leceh la. Sebab 2 ramai student parempuan ponteng jemaah kat surau utama. Selepas isyak, kene pulak berlumba-lumba lari ngan student yang lain. Sebab nak naik asrama salin baju pas tu p prep. Lau lambat kene kunci pagar. AJK kasi masa 10 minit je nak bersiap. Ha tu diaaaa. Mana nak pakai baju, stokin, mekap laei..hihihi. tangan kiri pakai baju, kanan pulak pakai stoking. Sume benda kene buat sekali. Tapi kalau student yang malas nak naik asrama pas solat, die orang lebih suka terus bersiap-siap bawa buku pegi surau time maghrib tu.
Kali pertama kami bersolat di surau utama selepas renovate, memang teruja la. Yela kan. Surau besar cikit. Tempat wuduk pun banyak. Tak macam dulu. Mesti nak ber’after-after’. Kalau hujan, tak payah nak kate la. Lencun baju den. Disebabkan kami dah terbiasa berzikir kuat selepas maghrib, sampai terlupa masa tu kami berjemaah dengan muslimin. Selepas maghrib je, memang nyaring betul suara budak perempuan berzikir. Suara budak lelaki tenggelam. Masing-masing khusyuk. Macam kami selalu buat dekat surau aspuri masa tu. Tiba-tiba selapas solat hajat, bangun sorang budak laki ni. Ingatkan nak kasi kuliah maghrib, tapi tiba-tiba dia dengan muka yang marah dan suara yang garang marah kami budak perempuan sebab zikir kuat tadi. Bila dah marah, so macam-macam keluar.
“mana malu kamu semua.”
“kenapa zikir macam 2”
Bla bla bla….
Tak pikir dalam surau ke ape ke. Kata-kata beliau sangat menusuk kalbu betol. Menegur dengan cara yang sangat kasar. Sampaikan student pempuan yang rock2 ni, menjawab di sebalik tabir. Masa tu macam nak berperang. Perang mulut. AJK muslimat memberi arahan kepada yang lain supaya jangan di lawan budak laki tu. Diam jer. Start dari pada itu nak dikatakan seluruh budak-budak perempuan memang anti la dengan dak laki ni. Memang budak itu hidup tak aman la selepas kejadian tu. :p
Keesokkan harinya, seperti biasa kami bersolat jemaah di surau itu. Selepas kejadian semalam, selepas je solat maghrib, suara budak perempuan berzikir tak dengar lansung. Masing-masing macam tengah mogok. Semua senyap. Masing-masing zikir dalam hati je. Sampaikan AJK tanya, kenapa tak zikir sekali ni. Muka masing-masing macam asam kecut jer. Buat dek jer. Selepas solat hajat dengar suara budak lelaki main test-test mike. Selaunya kalau macam tu, tabir akan dibuka sebab ade kuliah magrib. Kalau bukan ustaz yang kasi, student yang kasi kuliah. Tetapi disebabkan kejadian semalam. Tabir masa tu, jangan harap boleh buka. Memang tak lah..
“Testing2...mike2...”
“Assalamualikum..saya tahu kamu semua pelajar muslimat di belakang agak marah tentang kejadian semalam. Saya mewakili sahabat saya, memohon maaf tentang kejadian semalam. Memang tidak sepatutnya beliau menegur kalian dengan kasar. Wanita ni, mesti ditegur dengan lemah lembut. Kerana kalian dari tulang rusuk yang bengkok. Untuk meluruskannya, mestilah dengan lembut supaya ia tidak patah. Jika dengan keras meluruskannya pasti kalian akan lebih menjadi keras. Hati wanita ini lembut dan payah untuk menyentuhnya. Saya pun ada adik perempuan dan dia pun akan menjadi semakin degil jika ditegur dengan kasar. Bla bla bla..
Dengan suara yang lemah lembut, pelajar tersebut meminta maaf atas kesalah sahabatnya semalam. Mungkin sahabatnya malu untuk meminta maaf. Di wakilkan teman baiknya bagi menjernihkan keadaan. Kata-kata beliau sangat berhikmah. Dengan lembut dia menegur kami supaya maafkan kesalahan sahabatnya. Start dari tu, semua budak perempuan nak tahu siapakah gerangan pelajar lelaki itu..cewahhh... Rasa hormat kepada beliau mengatasai perasaan marah masa tu.
“siapa ek budak laki tadi. Bagusnye die”
“weh2..budak 2 form berape?”
“seyes, den respect giler kat budak laki tadi”
“ha..ni baru boto. Cubo togo baik2..ni tak..main sosah jo”
Tapi adalah pulak yang....
“alamak..jatuh cinta la dengar suare die tadi” …(ok agak over ye di situ…)
Akhirya, tara..JUMPA..Seorang adik bagi saya. Form 4. Kalau tengok muka dia yang garang, macam tak percaya jer dia yang cakap dekat surau semalam..ntah betol ke, ntah tak..(-__-")
Selepas kejadian itu, pelajar muslimat kembali seperti biasa. Hilang perasaan marah. Boleh dengar kuliah seperti biasa. Tetapi zikir tetap kena pelan-pelan. Cukup sekadar dengar untuk diri sendiri sahaja.
Inilah antara kenangan-kenangan semasa bersekolah di sini. Kadang-kadang kalau teringat semula, agak ntah hape-hape jer. Tetapi, kenangan seperti inilah mampu membuat kita tersenyum sendiri. Kerana kenangan ini tercipta dari ukhuwah dan kasih sayang kita bersama. Biarpun pahit tapi ia tetapi menjadi satu kenangan yang sangat manis.
Sekian
p/s: musafirku manuntut ilmu di bumi KUSZA, samakin sampai ke penghujung. Seboleh-bolehnya ingin terus mencipta kenangan bersama sahabat-sahabat selagi berada disini. Namun bila difikir semula, selepas ini, pasti suatu hari nanti, kenangan itu bakal menyeksa diri. Huhu. to all my kengkawan2, I lap u laju-laju… Jom Kita Terus Mencipta Kenangan (cm kempen lah plak)..
Dari den,
Saye...^_^






















No comments:
Post a Comment
~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~