Assalamualikum..dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Untuk kesekian kalinya, diri ini meminjam kekuatan yang ada pada Dirinya untuk ku menulis sesuatu di dalam kanvas sepi ini.
Kenangan itu anugerah Allah. Tercipta daripada ukhuwah dan kasih sayang antara sesama manusia. Allah ciptakan kenangan untuk mewarnai lagi kehidupan di dunia ini. Ia sebagai pengikat silatur rahim antara sesama manisia. Namun kadang-kadang anugerah yang Allah beri itu, banyak kali disalah tafsir oleh manusia. Masakan tidak. Kadang-kadang kenangan itu mampu membuat diri seseorang manusia, gembira, sedih, teruja dan banyak lagi.
Diri ini diberi peluang dari Allah untuk terus mencipta kenangan. Kenangan yang sedih, gembira, teruja bakal bercampur menjadi satu. Sedaya upaya diri ini ingin lagi dari mencipta kenangan,. Namun kerana ukhuwah yang dibina selama ini, langkah itu semakin perlahan. Tidak mampu untuk lari dari terus mencipta kenangan sebelum perjuangan terakhir dibumi Kusza ini terhenti tanda cukup sudah pengajian dan pembelajaran disini. Namun ilmu itu tidak boleh berhenti dari menuntutnya. Tuntutkah di mana-mana. Sehingga ke liang lahat sekalipun.
Dalam terus sibuk mencipta kenangan, diri ini merasa rendah dan hina apabila melihat ciptaan Ilahi. Lautan yang terbentang luas di hadapan mata ketika itu, membuat ego ku sebagai seorang manusia yang terkadang lupa bahawa diri ini hanyalah Hamba, tunduk malu melihat kebesaran Nya. Pandanga pertama apabila melihat lautan luat itu, mata ini seperti tidak dapat menipu lagi. Air mata bergenang di kelopak mata, merasa betapa banyak perkara yang tidak disyukuri selama hidup ini. Bila merasa payah, merasakan Dia tidak sayang kita, bila mendapat sedikit dari apa yang di jangkakan, merasa Dia tidak adil dan sebagainya. Firman Allah dalam Surah Ar-Rahman:
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Dalam sibuk mencipta kenangan, fikiran dan hati ini sibuk berfikir. Maha Suci Allah. Dunia yang cantik ini bakal hancur sekelip mata kita Dia menghendakinya. Gunung ganang, pokok-pokok yang cantik akan menjadi seperti debu-debu berterbangan suatu hari nanti.
Dijadikan dunia ini secantik-cantiknya supaya manusia boleh mengambil mafaat darinya, berfikir dan menguatkan kayakinan pada hati bahawa Dia adalah Pencipta Alam ini. Dia wujud. Bukti bahawa Dia ada. Namun secantik-cantik dunia ini, ia hanyalah persinggahan manusia sebelum meneruskan perjalanan yang sebenarnya.
Benarlah kata-kata ini: pesan pada hati, jangan biarkan dunia ini bermukim di hati namun letakkanlah ia di gengaman tangan. Apabila sampai suatu masa, dengan rela lepaskanlah gengaman tangan itu walaupun dalam keadaan terpaksa sekalipun. Dunia hanya sementara, Akhirat kekal abadi.
~ kata salah seorang sahabatku, biarlah bulan menjadi saksi selama ukhuwah yang kita bina. Pertama kali mendengarnya, agak kelakar, tapi mungkin ada benarnya. Semoga ukhuwah yang kita dibina sentiasa dipayungi kasih sayang Ilahi~





















No comments:
Post a Comment
~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~