Dengan lafaz BISMILLAH..aku mulakan langkah..
Terkadang langkah yang telah disusu rapi...tersungkur di pertengahan jalan..
Rasa mangalah..menyerah..berputus asa..bercampur menjadi satu..
Masakan tidak..bukan tidak membuat persediaan ketika hendak bermula..
Pelbagai perkara dibuat..Tetapi masih tetap tersungkur...
Dimana salahnya..salah siapa?
Allah?? TIDAKK!!
Aku?? mengapa aku??
Biarlah 1000 kali bersedia..melangkah dengan hati-hati..
Namun jika di Luh Mahfuz telah tercatat..kita akan tersungkur..
kita tetap akan tersungkur..walaupun kita memakai kasut yang sangat mahal sekalipun..
Dan begitu juga kematian..
Walaupun dengan sangat berhati-hati kita membawa kenderaan..
namun jika YA kata Nya...Maka Ya lah...jika TIDAK...maka TIDAKLAH..
Ajal tidak mengenal sesiapa.. Agong, Perdana Menteri, Ustaz, Penagih Dadah, malahan Bayi sekalipun..
perjanjian telah dibuat..di saat alam roh lagi..
Tidak lewat sedetik..mahupun cepat sedetik...
Kadang-kadang hati ini sangat sedih..kerana Allah menjemput orang-orang yang baik dan alim..Pergi terlebih dahulu..
Siapa mahu mencegah mungkar..siapa mahu memberi peringatan..
Selepas satu demi satu orang alim pergi menghadap Illahi..siapa yang akan tinggal..
"Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
(H.R. Muslim)
Ya Allah...dunia sedang mengalaminya..
Dunia..Sebusuk busuk persinggahan..tetapi itu yang kita agungkan...
Persiapan kita bagaimana?? mampu untuk terus laju berlari...tanpa tersungkur di bawah terik mentari..mampukah??
Pasti tidak mampu..terik mentari itu..bakal melemahkan langkah diri..mencari sesuatu supaya mampu bangun dan teruskan berlari..
Namun jika tidak menjumpainya...masakan untuk berlari..hatta untuk bangun sediri...Sangat payah untuk berdiri..
Orang alim kembali kepada Kekasih Hati...
Hilang satu demi satu permata agama...Siapa lagi mahu mengingati??
Manusia semakin hari..semakin haus di dunia ini...
Mati tidak memilih sesiapa..Kita sedang menjalani ujian di sini...
Jika berjaya di sini..maka di sana..pasti ada ganjaran yang disediakan oleh Nya..
namun kadang-kadang...kita banyak menipu dalam menjalani ujian ini..
terlalu banyak yang dikhianati...Ya Allah..ampunilah kami..
Mungkin kami terlalu mengikut kehendak hati..Ingin lebih segala-galanya..
Ampunilah kami Allah..Cinta kami kepada Mu..Tidak pernah pudar..
~ bila mendengar berita pemergiannya..terfikir..siapa yang akan menggantikan tempatnya menjadi Imam Tarawikh akan datang..Aku pasti akan merindui suara itu...kamu adalah Permata Agama..Semoga tenang disana..Al-Fatihah~
wassalam






















No comments:
Post a Comment
~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~