Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Menelusuri
jalan-jalan di Kuala Lumpur, dengan keadaan yang bising bunyi deruman kereta
sana sini sudah menjadi satu lumrah dalam hidup. Melodi yang tidak pernah
berhenti terus-terusan “menyayi” di cuping teliga. Mungkin rasa pelik jika
melodi itu terhenti. KL bukan. Pusat Negara. 24 jam manusia sibuk sana sini.
Ada yang menjadikan malam sebagai masa yang sesuai untuk mencari rezeki dan
ramai juga muda mudi berpeleseran sana sini. Mungkin melihat keindalahn kota
metropolitan ini. Mungkinkah?!
Setiap
cuti persekolah, diamanahkan untuk pulang ke maktab bagi menghadiri kuliah. Pada
watu cuti persekolahan yang panjang sahaja. Pada hari-hari biasa, kami semua
berada di sekolah yang telah ditetapkan
untuk menerima latihan sebelum bergelar sebagai seorang guru. Meniti
hari-hari terakhir bergelar pelajar diploma perguruan di sini.,masih banyak
yang perlu di selesaikan. Esaimen, kuiz, pembentangan. Tanggungjawab bukan
hanya sebagai seorang anak sahaja, bahkan dipertanggungjawabkan untuk menjadi pelajar, guru dan yang paling besar
menjadi Hamba. Cukuplah status “Hamba” itu menjadi benteng untuk kita
mengingati diri. Kita hanya Hamba yang sentiasa diperhatian oleh Tuannya.
Aku
gemar melihat di luar tingkap sepanjang perjalanan ku ke Kuala Lumpur ini.
Macam-macam manusia yang dapat dilihat. Kuala Lumpur ini memaksa setiap manusia
hidup dengan penuh kekuatan. Masakan tidak, kos sara hidup yang tinggi di sini
tidak memungkinkan mereka duduk menunggu rezeki jatuh dari langit sahaja. Siapa
yang diberi rezeki yang murah , cara hidup yang senang, KL tidak menjadi
masalah bagi mereka. Alhamdulillah. Bagi mereka yang hidup kais pagi makan
pagi, kais petang makan petang, pasti mereka tidak mampu hidup dengan hanya
gitu-gitu sahaja. KL. Siapa berusaha lebih, dia dapat lebih. Mungkin bagi
mereka-yang sederhana seperti ini, tidak mustahil pagi mereka bekerja, malam
juga mereka bekerja. Bila masa rehatnye? Ini pandangan mata kasar ku. Tidak
mampu membaca hati-hati manusia apa yang mereka rasa. Insya allah, jika Ikhlas,
biarlah hanya menjual air sahaja, pasti berkat. Biar sedikit asalkan berkat.
Jika banyak dan tidak bekat, tak berguna juga bukan.
Sepanjang
perjalananku, mata ku terdorong kepada satu susuk tubuh seorang bapa seorang
diri menjal kuih di tepi jalan. Menunggu pelanggan membeli jualannya. Dan apa
yang membuatkan hati ku tersentuh, beliau menunggu sehingga tertidur.
Diletakkan kepalanya di bonet kereta dengan berpangkukan tangan. Allah, aku
kagum dengan kegigihanya. Kalau sudah namanya ayah mahupun ibu, mereka sanggup
berkorban demi anak-anak. Pasti keluarganya menunggu kepulangan beliau dengan
hasil daripada jualannya. Allah,
mudahkanlah setiap urusannya. Murahkanlah rezekinya.
Aku
juga sangat kagum dengan mereka (secara zahir dilihat dengan mata kasar) yang
tidak mempu berkerja berusaha untuk mencari secicip rezeki. Namum mereka
berusaha seperti orang buta. Matanya buta hatinya celik penuh cahaya. Orang
buta ini mepunyai kelabihan daripada manusia yang celik. Matanya terhindar
daripada melihat perkara-perkara mungkar. Berbeza dengan manusia yang celik
matanya seperti aku. Pasti banyak dosa mata yang telah aku lakukan. Allah,
ampunilah dosa mataku. Mereka tidak mehu
manusia memandang mereka golongan yang tidak terdaya. Biarlah hanya menjual tisu,
tetapi mereka gigih berusaha. Aku benci melihat mereka yang sihat tubuh
badan,duduk menadah tangan meminta simpati kepada manusia. Arghhh aku benci.
Berusahalah. Apa gunanya dikurniakan badan yang sihat, cergas akal fikiran
tetapi meminta-minta. PEMALAS!. Kenapa tidak menjadikan mereka yang buta itu
sebagai pelajaran. TIDAK MALUKAN KALIAN!
Allahurobbi…
Sekian
kali Allah memeperlihatkan kehidupan manusia di hadapan mata untuk di teladani.
Wahai hati bernama HAMBA, sila fikir!!
Sekian.
Pen
off,
bintu Mokhtar






















No comments:
Post a Comment
~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~