-->
Jelly Pages
Blogger Templates
skip to main | skip to sidebar

.::Tazkiratun Nafsi::.

Sekadar Peringatan Buat Diri.. Mengatur Langkah Menuju Illahi..

Tuesday, June 10

More Than Words # 5 : Xie Xie Sahabat

Assalamualaikum.

Bismillah..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, untuk kesekian kali, Allah menganugerahkan nikmat bernafas di bumi ini. Meminjam sedikit rasa nikmat yang  diberi. Jujur, seringkali culas, lalai dalam mentaati. Maafkan hamba-Mu  ini Allah. Bila difikirkan, banyak nikmat yang Kamu beri padaku. Rezeki yang tidak putus-putus. Terima kasih Allah. terima kasih.

Kadang-kadang rinduku pada Rasullullah datang menyapa diri. Arghh mengapa aku tidak mampu merinduinya setiap detik nafasku. Bila aku rindu, pantas sahaja airmata ini mengalir laju. Tanda rindu. Bila mengamati kitab Syamail Muhammadiah, rasa dekat sungguh Beliau dengan ku. Kacaknya beliau. Masakan tidak jatuh cintakan bukan. Aku bangga menjadi ummatnya. Allah pertemukanlah kami. Jadikanlah aku, keluargaku, sahabat-sahabatku, saudara-saudara seagama denganku diantara mereka yang rindu bertemu Nabi. Rindu yang tidak berbelah bahagi.

Aku Gemar menyingkap kembali kenangan yang pernah dicipta bersama sahabat-sahabat dahulu. Ketika masih di banggu sekolah, di universiti, di IPG. Gembira melihat semua kenangan yang telah dicipta bersama. Masakan tidak. Semua gambar memperlihatkan suasana ceria. Suka tanpa duka.

Teringat kenangan kami di Maktab. Kami diantara kelas yang paling ramai. 36 orang. 6 sahaja kumbang yang lain semua bunga. 
Kami berkumpul bersama-sama setiap cuti persekolahan panjang. Dari ayah orang, suami orang, isteri orang, semua ada untuk menjalani satu perkara yang sama. Menuntut ILMU.

Perkara yang tidak mampu dilupakan apabila kami diminta untuk membuat mikro dan makro teaching. Mampu tergelak sendiri apabila mengenangnya. Disebabkan kami semua mengajar sekolah rendah, kadang-kadang sikap kami seperti kanak-kanak juga. Terutamanya apabila membuat mikro teaching.

Secara tiba-tiba (tadaa), kami akan menjadi kanak-kanak yang sangat riang, Entahla. Jika dilihat,umur kami masing-masing sudah menjangkau 20an. Ada juga yang sudah menjangkau 30an. Tapi masih mampu bersikap seperti kanak-kanak yang baru mengenal alif ba ta. Itu yang membuatkan aku sangat senang dengan mereka. Jika sahabat yang sedang membuat mikro teaching juga tidak kekok. Tidak gementar. Masakan tidak, kami pelakon yang sangat hebat!! Kalah kanak-kanak sekolah sebenarnya. Mungkin bila kanak-kanak melihat kami, mereka juga akan rasa pelik.

Perkara ini yang paling diingati.


Sahabat, mungkin aku bukanlah sahabat yang paling baik. Kadang-kadang aku merasa sesak sebahagian diantara kalian.Manusia bukan. Masing-masing mempunyai sikap yang berbeza-beza. Tetapi aku yakin, banyak kelemahan pada diri ku, kalian ada sebagai kelebihan. Aku sukar untuk membuat pembentangan. Lidahku seperti disekat oleh sesuatu apabila aku membuat pembentangan sampaikan ada sekali lidahku terlepas “aku cakap ape ni” hurmm. Aku rasa setiap subjek untuk menjadi guru ini sangat payah. Bila diminta untuk membuat pembentangan, memberi pandangan, fikiranku seolah-olah disekat. Tidak mampu berfikiran jauh seperti kalian.

Aku kagum dengan kamu semua sahabat. Kalian petah berbicara. Bijak memberi pandangan. Berfikiran luas dan jauh bila kalian membuka berbicara,. Aku suka mendengar bicara kalian. Sebab itulah aku lebih gemar mendengar dari berkata. Takut tersalah kata mungkin. Takut tidak sependapat dengan kalian mungkin. Kalian hebat !

Dahulu ketika menuntut di IPT, aku mengambil jurusan Syariah kerana aku minat subjek tersebut walaupu ibu menganjurkan aku memilih jurusan Pendidikan. Aku tolak mentah-mentah cadangan ibu atas alasan aku minat Syariah. Nah sekarang. insya Allah aku menjadi guru.

Sempat aku membuka kitab Khosiah al-Bajuri tadi. Rindu untuk menadah kitab seperti dahulu. Walaupun tulisan kitabnya sudah lama dan kembang, namun aku bangga kerana aku pernah mempelajari kitab itu.
Bila berubah halaun dari jurusan Syariah ke jurusan Pendidikan, ia memerlukan masa untuk aku sesuaikan diri. Berbeza kedua-dua jurusan itu. Subjeknya, cara pembelajaranya.

Dan Alhamdulillah, Allah kirimkan sahabat seperti kalian semua untuk aku merasa senang dengan jurusan ini. Cara kalian membawa diri untuk sesuaikan diri dengan jurusan ini sangat menolong saya meminati jurusan ini juga. Saya yakin kalian juga turut bersusah payah untuk mengikhlaskan diri dalam jrurusan ini. Masing-masing belajar perkara yang lain di IPT dulu bukan? Insya Allah..Sekarang, inilah jalan dakwah kita. Biarlah mengajar Alif Ba Ta. Insya Allah dengan mengenal Alif Ba Ta, mereka mapu mengenal siapa Tuhannya, Nabinya, Agamanya. Semakin dekat dengan Pencipta. insya Allah.

Sahabat, terima kasih ya. Terima kasih di atas semua kenangan yang telah dicipta bersama. Mungkin tidak siapa antara kalian yang membaca tulisanku ini. Tetapi insya Allah, kalian akan sentiasa di dalam setiap bisikan doaku.

Doaku, semoga kalian sentiasa dibawah rahmat Illahi, dikurnaiakan rezeki yang melimpah, sentiasa dibawah kasih sayang Allah dan semoga bahagia di dunia dan akhirat. Untuk mereka yang masih mencari, moga tidak terus berhenti dalam mencari. Semoga di pertemukan dengan Jodoh yang membahagiakan lagi baik hati.

Maaf segala kehilafan yang telah dilakukan sepanjang perkenalan kita. Allah mempertemukan kalian kepada ku supaya aku makin dekat dengan-Nya. Alhamdulillah.

Terbanglah setinggi layang-layang kertas. Kalau boleh kasi tinggi lagi. Tapi biarlah makin tinggi, makin menunduk seperti padi.  Semoga segala yang dicita-citakan menjadi realiti.

Sahabat itu cerminan diri. Kalau kita bersahabat dengan penjual minyak wangi, maka kita pun turut wangi. 


Terima kasih semua diatas ukhuwah ini. Jom janji. Keluarkan jari kelingking masing-masing sekarang. Ok janji, KITA KAWAN YER, SAMPAI SYURGA. Tata, sayonara, bye bye. Ade rezeki, insya Allah kita jumpa lagi. 


wassaalam


Pen off,

Sahabat Kalian J


Posted by faqir iLLa Allah at 11:10 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

  1. faqir ila AllahJune 11, 2014 at 11:44 PM

    saya tujukan tulisan ini kepada semua sahabat Q.3.1 dan sahabat yang mengenali saya ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

~Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai~

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Man Ana

My photo
faqir iLLa Allah
View my complete profile

Masa itu kapal Pelayaran

Iman Itu Kemudi kehidupan

Masalah Itu Badai Pencetus Kejayaan

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

sahabat itu Wadah Penggerak Destinasi Tujuan

Selangkah Mendekati Allah

  • ..::Murabbi::..
  • ..::MuslimManga::..
  • ..::akuislam::..
  • ..::Dakwat::..
  • ..::Islam Grid::..
  • ..::Halaqah::..
  • ..::Portal Murabbi Islam::..
  • ..::iLuvIslam::..

Pena iLmu

  • Saifulislam.Com
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    1 month ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    2 years ago
  • Langit Ilahi
    Poster – Sincerity
    6 years ago
  • Myilham.com
    5 Asas Penting Menilai Calon Suami Yang Soleh
    11 years ago
  • Fiqh Muamalat
    (M/S 134)
    14 years ago
  • AL KALAAM INTERAKTIF - Segalanya Semudah ... ا ب ت
    Mari Kita Bernasyid Arab- لو كان بيننا الحبيب (kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..)
    14 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    15 years ago
  • Zikir Ritma Jiwa

My Dear

  • Myadiar
    Cara Nak Setting Font Jawi Dalam Handphone
    7 years ago
  • mylittleheart
    SEPANTAS MASA
    9 years ago
  • ihaveideas
    Tekanan
    10 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    10 years ago
  • Cerita Budak Kampung
    BBM 3410 : KETIKA DAN KALIMAT
    10 years ago
  • ...Mencari Cinta Hakiki...
    Tahniah..
    10 years ago
  • AD-DHIYA'
    Sifat Solat Nabi
    12 years ago
  • WheN my KeyBoarD DiHammeRing !
    ToRaDoRa !!!!
    14 years ago
  • ..::cahaya izzah::..
    Risaunya Hati!!!
    14 years ago
  • D'heartY feelingzzz
    15 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    15 years ago
  • Intuition
  • http://marhanafi.blogspot.com//
  • ..::Tazkiratun Nafsi::..
  • :: there's life, there's hope ::
  • ..:::Musafir Ilmu Dan Cinta Al-Kelantani ::..

Say Something

It's Meee

In Memory

  • ▼  2014 (2)
    • ▼  June (2)
      • More Than Words # 5 : Xie Xie Sahabat
      • Kerana Secicip Rezeki
  • ►  2013 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (8)

Terima Kasih

Ahlan Wasahlan


widgeo.net

Senyum Laju-laju


Allah Love You

Teststrials

Jika rindu ini bertatah, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum. Andai rindu ini menarik resah kepadaMU aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui Ya ALLAH damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin kepada MU aku mengadu. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMU...

Powered by Blogger.
Lucky Charms Heart